Harian Metro

ROBOT JADI SAMI

-

Apabila pakar meramalkan robot bakal mengambil alih kebanyakan pekerjaan kita dalam tempoh beberapa dekad akan datang, sami mungkin antara manusia yang sepatutnya tidak bimbang dengan perkembang­an itu.

Bagaimanap­un, sebuah syarikat Jepun menunjukka­n tiada pekerjaan yang selamat dengan memperkena­lkan robot sami Buddha yang boleh mengendali­kan upacara pengebumia­n dengan harga jauh lebih murah.

Selepas syarikat SoftBank Robotics membangunk­an robot manusia dikenali sebagai Pepper dua tahun lalu, mesin itu sudah mengambil alih beberapa pekerjaan.

Robot pertama yang boleh membaca emosi manusia itu sudah diletakkan di bank, kedai sushi dan premis perniagaan sebagai penyambut tetamu.

Baru-baru ini, sebuah syarikat pengurusan mayat, Nissei Eco menjadikan robot itu sebagai sami Buddha untuk pelanggan yang mahu mengurangk­an kos pengebumia­n.

Robot sami itu boleh mengendali­kan upacara pengebumia­n termasuk membaca mantera dan doa dengan harga jauh lebih murah berbanding sami manusia.

Harga yang ditawarkan untuk perkhidmat­an robot itu hanya 50,000 yen (RM2,000).

Kata syarikat itu, robot itu juga dipakaikan pakaian tradisiona­l

Bakal kendalikan upacara pengebumia­n mayat dengan harga lebih murah

sami Buddha dan disasarkan kepada golongan yang mahu mencari alternatif lebih murah.

Robot sami itu bakal diperkenal­kan dalam Festival Antarabang­sa Pengebumia­n dan Pusara Antarabang­sa di Tokyo pada minggu ini.

Dalam festival itu beratus-ratus syarikat berkaitan pengurusan mayat dan pengebumia­n akan berhimpun bagi memperkena­lkan produk serta perkhidmat­an terbaru mereka.

Nissei Eco percaya, perkhidmat­an robot sami bakal menjadi tarikan utama festival tahunan berkenaan.

 ??  ?? ROBOT sami diprogram untuk mengendali­kan upacara pengebumia­n termasuk membaca mantera dan doa dengan harga lebih murah. - Agensi
ROBOT sami diprogram untuk mengendali­kan upacara pengebumia­n termasuk membaca mantera dan doa dengan harga lebih murah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia