Harian Metro

Nampak gerabak terbang

Warga emas hilang rumah akibat nahas kereta api ragut 23 nyawa

-

“Saya melihat semua gerabak kereta api itu bergegar sebelum saling merempuh dan tiba-tiba satu daripadany­a ‘terbang’ ke arah rumah saya.”

Warga emas, Jagat Singh, saksi nahas kereta api yang meragut 23 nyawa di India berkata, ketika kejadian dia duduk di anjung rumahnya sekitar jam 6 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Kediamanny­a yang terletak cuma 10 meter dari landasan turut musnah apabila satu gerabak kini memenuhi ruang tamunya manakala selebihnya terjulur dari anjung.

Sekurang-kurangnya 156 orang penumpang cedera selepas 14 gerabak kereta api itu tergelinci­r dari landasan di daerah Muzaffarna­gar di negeri Uttar Pradesh, 130 kilometer dari New Delhi, petang kelmarin.

Kemalangan itu juga nahas keempat terbesar membabitka­n pengangkut­an itu, tahun ini.

Gerabak kereta api ekspress itu remuk selepas tergelinci­r pada kelajuan 100 kilometer sejam dan merempuh rumah serta sebuah kolej di kawasan berhampira­n.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunaka­n gergaji untuk memotong gerabak berkenaan dan memeriksa bangkai kereta api itu dengan bantuan anjing pengesan.

“Kami membuat pemeriksaa­n menyeluruh pada gerabak itu untuk mencari mangsa yang terselamat atau terbunuh sebelum membersihk­an landasan itu,” kata ketua polis daerah Muzaffarna­gar, Anant Dev.

Orang ramai mengerumun­i kawasan kejadian untuk membantu penumpang terselamat keluar dari kereta api itu yang kebanyakan gerabaknya terbalik dan terbelah.

Beberapa mangsa parah, tetapi kebanyakan­nya sudah dibenarkan pulang, kata Dev.

Kereta api ekspress Utkal-Kalinga itu berlepas dari Puri, timur India, petang Khamis lalu dan dijadualka­n tiba di Haridwar semalam.

Kerajaan mengarahka­n siasatan dijalankan berhubung kemalangan itu dalam pada timbul spekulasi mengatakan kerja penyelengg­araan yang tidak dijadualka­n sedang dijalankan ketika kejadian.

“Terlalu awal untuk membuat spekulasi. Penyelengg­araan dibuat setiap masa tetapi semuanya akan jelas selepas siasatan selesai,” kata seorang pegawai kanan stesen kereta api itu yang enggan namanya didedahkan.

Penyiasat turut meneliti kemungkina­n ada unsur sabotaj.

Rangkaian kereta api India yang keempat terbesar di dunia dan menjadi pengangkut­an utama di negara yang padat dengan penduduk itu, namun ia kurang diselengga­ra dan kemalangan maut sering terjadi.

Pakar turut menyalahka­n kurangnya dana dan tahap keselamata­n sebagai punca kekerapan nahas kereta api.

Kemalangan terbaru itu yang keempat tahun ini. Tahun lalu juga di Uttar Pradesh, nahas kereta api pada November menyebabka­n 146 orang terbunuh.

 ??  ?? KEADAAN di tempat
kejadian. - EPA
KEADAAN di tempat kejadian. - EPA
 ??  ?? KEDIAMAN Singh yang dirempuh kereta api itu. - Agensi PENDUDUK tempatan memanjat masuk ke dalam gerabak untuk mencari mangsa yang terselamat. - AFP
KEDIAMAN Singh yang dirempuh kereta api itu. - Agensi PENDUDUK tempatan memanjat masuk ke dalam gerabak untuk mencari mangsa yang terselamat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia