Harian Metro

Lelaki disaman biarkan anak tunggang motosikal

-

Beijing: Seorang lelaki di barat daya China disaman polis kerana membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun menunggang motosikal manakala dia duduk membonceng.

Dalam kejadian itu, lelaki bernama Li itu membonceng di belakang anaknya di sebatang jalan di Nanchuan, Chongqing, pada lewat Jumaat, lapor CCTV.

Rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n kanak-kanak berkenaan membawa motosikal itu sejauh dua kilometer dan tangan ayahnya langsung tidak memegang bar handel kenderaan itu.

Dua beranak itu berjaya dikenal pasti selepas dua hari dan Li didenda 2,000 yuan (RM1,300) manakala lesennya dibatalkan kerana dua kesalahan membenarka­n anaknya yang bawah umur memandu tanpa lesen.

Li turut diarahkan ‘mendidik anaknya,’ lapor CCTV.

Media melaporkan, Li memberitah­u polis anaknya meminta menunggang motosikal itu ketika mereka pulang dari kedai.

Li membenarka­nnya kerana tidak menyangka itu perbuatan berbahaya atau satu kesalahan, berikutan anaknya sering menunggang basikal.

Dia turut mendakwa kakinya sentiasa terletak pada brek sepanjang anaknya menunggang motosikal itu.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu di China.

Pada Julai lalu, seorang budak berusia enam tahun dilihat duduk di pangkuan ayahnya yang sedang memandu kereta, menyebabka­n polis membuka siasatan.

Beberapa hari sebelum itu pula, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mencuri bas dan memandunya sejauh 10 kilometer.

Seorang budak berusia lima tahun juga pernah dirakam memandu jengkaut di pusat pembinaan di Wuhan pada 2012. - Agensi

 ??  ?? RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n kanak-kanak itu menunggang motosikal. - Agensi
RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n kanak-kanak itu menunggang motosikal. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia