Harian Metro

Tiga hero Juve

Mandzukic, Dybala, Higuain bantu Old Lady benam Cagliari

- AFP Milan

Gol sumbangan Mario Mandzukic, Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain membantu Juventus menang 3-0 ke atas Cagliari awal pagi semalam, ketika juara Itali itu menafikan keputusan video pembantu pengadil (VAR) memberikan sepakan penalti sekali gus memulakan kempen Serie A dengan penuh bergaya.

Juventus, yang merakam kejuaraan Serie A keenam berturut-turut musim lalu namun tewas final Liga Juara-Juara kepada Real Madrid, menghuni tempat biasa mereka di puncak carta liga.

Napoli turut menikmati permulaan positif dengan kemenangan selesa 3-1 ke atas kelab pendatang baru Verona, yang mana Arkadiusz Milik membalas kepercayaa­n jurulatih Maurizio Sarri menurunkan­nya dalam kesebelasa­n utama dengan gol kedua Napoli.

Pengadil Fabio Maresca melakar sejarah di stadium Juventus yang diberi nama baru Stadium Allianz dengan menghadiah­kan penalti berikutan perbincang­an dengan VAR, namun ia tidak membantu Cagliari apabila penjaga gol Juve, Gianluigi Buffon menyelamat­kan sepakan itu.

Jurulatih Juve, Massimilia­no Allegri, yang meletakkan Dybala di bahagian serangan di samping Higuain dengan Mandzukic beroperasi di belakang kedua-duanya, pantas memuji Buffon dalam apa yang dilihat musim terakhir pemain berusia 39 tahun itu.

“Saya memang sudah jangka pengadil akan memberikan sepakan penalti, mujurlah kami ada penjaga gol nombor satu Buffon. Dia membantu kami dalam situasi sukar,” kata Allegri.

Seminggu selepas tumpas 2-3 kepada Lazio pada final Piala Super yang menyaksika­n Dybala meledak dua gol, jurulatih Juve itu amat berpuas hati.

“Pemain mentafsirk­an permainan ini dengan baik, jadi saya gembira,” ujar Allegri, yang turut memuji Mandzukic kerana kerja kerasnya.

“Dia banyak membantu secara fizikal. Apabila kami dalam kesukaran, kami bergantung kepadanya. Dia tidak boleh melakukan semuanya tapi dia banyak membantu.”

Pemain mentafsirk­an permainan ini dengan baik

Massimilia­no Allegri

 ??  ?? PEMAIN Juventus meraikan kemenangan selepas menewaskan.
PEMAIN Juventus meraikan kemenangan selepas menewaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia