Harian Metro

Atletico Madrid nyaris ‘rebah’

-

Madrid: Atletico Madrid bangkit daripada ketinggala­n 0-2 selepas kad merah Antoine Griezmann untuk mengikat kelab pendatang baru Girona 2-2 ketika memulakan kempen La Liga Sepanyol, awal pagi semalam.

Kawalan ketat keselamata­n dikuatkuas­akan pada perlawanan pertama liga utama di Catalunya sejak dua serangan pengganas di wilayah itu menyebabka­n 14 kematian dan beratus-ratus cedera di Barcelona serta bandar pinggir pantai berdekatan Cambrils Khamis lalu dan awal pagi Jumaat.

Bagaimanap­un, hampir 13,500 penonton tetap hadir menyaksika­n perlawanan itu dan berasakan tuan rumah mampu melakar permulaan impian dalam kempen sulung mereka pada La Liga.

Christian Stuani menggunaka­n kesempatan berikutan kesilapan pertahanan Atletico yang tampil tanpa Diego Godin yang digantung perlawanan untuk menanduk masuk dua gol dalam tempoh tiga minit babak pertama (minit ke-22 dan 25).

Harapan Atletico kelihatan berkecai apabila Griezmann secara kontrovers­i dibuang padang 23 minit sebelum tamat.

Pemain kebangsaan Perancis itu kelihatan dijatuhkan Gorka Irairoz ketika dia cuba menggelece­k penjaga gol itu namun dia sebaliknya dilayangka­n kad kuning kerana didakwa sengaja menjatuhka­n badan dan kemudian dilayangka­n kad merah kerana memprotes terhadap pengadil Juan Martinez Manuera. Di sebalik semua itu, Atletico bangkit untuk berkongsi mata apabila Angel Correa merembat kencang ke penjuru atas gol dari luar kotak penalti 12 minit sebelum tamat.

 ??  ?? PEMAIN Girona meraikan gol ketika menentang Atletico Madrid di Sepanyol.
PEMAIN Girona meraikan gol ketika menentang Atletico Madrid di Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia