Harian Metro

United tambah ‘yakin’

- AFP

 Red Devils kini di landasan tepat untuk ungguli carta liga

Pengurus Manchester United Jose Mourinho percaya Manchester United sudah mengembali­kan keyakinan selepas melakukan permulaan impian bagi musim baru Liga Perdana Inggeris dengan dua kemenangan 4-0 berturut-turut.

United membenam Swansea City kelmarin, tiga gol dalam 10 minit terakhir melengkapk­an dua kemenangan besar berturut-turut selepas mereka membelasah West Ham United pada perlawanan pertama musim minggu lalu.

Mourinho berasakan perbezaan ketara pasukannya berbanding setahun lalu ketika beliau baru saja mengambil alih adalah mentaliti mereka sekalipun beliau memberi amaran kepada pemain mereka belum lagi diuji.

“Perkataan yang lebih baik menggambar­kan pasukan sekarang adalah ‘yakin’,” kata Mourinho, yang pasukannya menang di selatan Wales menerusi gol Eric Bailly, Romelu Lukaku, Paul Pogba dan Anthony Martial.

“Pasukan ini memulakan perlawanan dengan yakin, pasukan ini memulakan babak kedua dengan yakin.

“Perkara yang saya mahu lihat - tapi saya tidak mahu lihat - adalah pasukan kalah dan lihat cara mereka bertindak balas, kerana itu satu lagi perubahan - kalah dan cuba mengubah keputusan.

“Ketika ini setiap perkara menyebelah­i kami. Tapi ia bukan selalunya berjalan lancar. Anda akan menemui laluan sukar dan halangan di jalan raya dan kami perlu bersedia.

“Kami memulakan musim lalu dengan dua perlawanan dan enam mata dan akhirnya tamat di tangga keenam.

“Ia bukannya satu pelajaran, ia realiti dalam bola sepak - dua perlawanan bukan penghujung dunia buat orang yang kalah dan ia bukannya syurga buat orang yang menang.

“Sudah tentu saya gembira dan kualiti persembaha­n pemain memberikan saya lebih keyakinan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia