Harian Metro

Silap percaturan undang malang Bagai ‘Super Woman’

-

dua perlawanan Kumpulan A di Sukan SEA 2017, skuad kebangsaan berjaya memungut enam mata.

Perlawanan pertama menentang Brunei menyaksika­n Malaysia menghasilk­an jaringan istimewa melalui Safawi Rasid dan tandukan pertahanan, Adam Nor Azlin menjadi gol kemenangan, sekali gus membuktika­n kita juga mampu mencipta jaringan menerusi ‘set piece’.

Pemain tengah, Nor Azam Azih menunjukka­n bahawa dia sudah matang dengan menguasai bahagian tengah terutama di separuh masa kedua menentang Singapura selepas kita ketinggala­n di separuh masa pertama.

Seorang lagi pemain dari Pahang, Matthew Davies juga berada di tahap yang lebih tinggi berbanding prestasi pemain yang beraksi di Sukan SEA dari semua pasukan yang bertanding. Dia menunjukka­n persembaha­n konsisten dalam kedua-dua perlawanan setakat ini.

Penyerang, N Thanabalan juga menyinar apabila beraksi di separuh kedua menentang Singapura. Persefaham­an antara S Kumaarahan dan Thanabalan membuktika­n bahawa gandingan mereka juga pantas.

Sementara itu, kedua-dua anak legenda bola sepak, Fandi Ahmad menunjukka­n prestasi yang baik dan tidak boleh dinafikan bahawa sekiranya Ikhsan dan Irfan mewakili Malaysia maka pasukan kita akan lebih mantap. Dua beradik itu mempunyai teknik, kemahiran serta tekad yang begitu tinggi.

Bagaimanap­un, apa yang buruknya ialah, Brunei diberi peluang untuk menyamakan kedudukan dengan begitu mudah kerana barisan pertahanan leka. Apabila pemain pertahanan mengamalka­n corak ‘high line defending’ maka penjaga gol juga harus lebih aktif membaca keadaan serta berada sekurang-kurangnya di luar kotak penalti.

Cara itu akan meletakkan penjaga gol sebagai ‘sweeper keeper’ dan setiap bola lambungan dari separuh padang lawan akan dapat dikawal dengan kemas.

Kita beraksi dengan tiga pemain pertahanan tengah, tetapi jelas ketiga-tiga pemain itu, Adam Nor Azlin, Adib Zainuddin dan Irfan Zakaria kurang memahami tugas dan tanggungja­wab apabila bertahan di luar kotak penalti. Jaringan tunggal Singapura menjadi satu contoh apabila di dalam situasi 1 lawan 3, maka pemain Singapura diberi ruang dan masa yang banyak untuk melakukan penyudah.

Di dalam keadaan sebegini maka pemain pertahanan yang menduduki posisi ‘tengah’ di antara tiga pemain mempunyai tugas untuk mara menahan atau melambatka­n pergerakan pemain yang menguasai bola. Pemain pertahanan ini bertugas sebagai ‘front sweeper’ sambil dua pemain lain menjadi ‘covering defender.’

Saya harap, pada perlawanan seterusnya, Irfan akan lebih bijak membaca keadaan serta bertindak sewajarnya.

Adakah Safawi akan muncul sebagai pemain istimewa dari temasya ini atau dia akan hanya dianggap sebagai pemain biasa saja? Selepas menjaringk­an gol yang cemerlang, dia hanya dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang Singapura.

Prestasi konsisten separuh masa kedua menentang Singapura harus menjadi satu kebiasaan bagi pemain ini. Dia mengharapk­an kekuatan tenaga serta larian dinamik, tetapi dia harus muncul sepanjang 90 minit dalam setiap perlawanan.

Sepanjang empat puluh lima minit pertama menentang Singapura, kita kelihatan buntu apabila pasukan lawan berjaya menyusun taktik. Singapura menurunkan dua pemain sayap serta seorang penyerang utama dan terus membenam barisan pertahanan serta bahagian tengah kita.

Kehadiran Muhaimin Suhaimi sebagai sayap kiri dan Amiruldin Asraf sebagai sayap kanan memaksa kedua bek Malaysia berundur untuk menahan asakan tiga penyerang Singapura. Keadaan ini menjadi beban ke atas Amirul Hisyam serta Syamer Kutty di bahagian tengah.

Singapura menguasai penuh separuh masa pertama sehingga mendahului satu gol. Selama 45 minit, pihak kejurulati­han tidak menyedari atau bertindak mengubah formasi atau taktik sementara Singapura mempamer corak permainan sempurna. Mujurlah Singapura pula mempunyai sekatan terhad, tetapi kita bakal berdepan dengan beberapa pasukan yang mempunyai kebolehan membenam harapan kita sekiranya kita tidak bijak di atas padang.

 Dhabitah terharu terima penghormat­an nyalakan obor temasya

 ??  ?? IRFAN perlu lebih bijak mengawal situasi di padang.
IRFAN perlu lebih bijak mengawal situasi di padang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia