Harian Metro

Cuai hujung aksi

- Aziman Rosdi dan Mohamad Zulfaizan Mansor sukan@hmetro.com.my

 Skuad futsal lelaki kumpul empat mata selepas diikat Vietnam

Jurulatih futsal lelaki negara, Chiew Chun Yong mengaku kesilapan anak buahnya pada minit akhir menyebabka­n Malaysia gagal meraih kemenangan selepas diikat 1-1 oleh Vietnam di Kompleks Sukan Panasonic, malam tadi.

Beliau bagaimanap­un berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan anak buahnya yang dilihat berjaya menyekat permainan pantas Vietnam.

“Saya sudah jangka Vietnam akan gunakan sistem ‘power play’ (menukarkan penjaga gol kepada pemain posisi lain) selepas ketinggala­n dan ia menyaksika­n mereka melakukan banyak asakan.

“Pemain saya hilang fokus pada lima minit terakhir dan membolehka­n Vietnam menyamakan kedudukan.

“Memang sasaran sebenar kami untuk menang tapi terpaksa berpuas hati dengan satu mata. Apapun satu keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan,” katanya selepas perlawanan.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia mendahului pada minit ke-29 menerusi Mohd Ridzwan Bakri sebelum Pham Duc Hoa menyamakan kedudukan buat Vietnam tiga minit sebelum tamat permainan.

Sementara itu, keputusan seri sukar diterima pengendali Vietnam, Miguel Jose Salazar yang menganggap pasukan tuan rumah hanya gemar bertahan.

“Ia perlawanan yang sukar, kami tidak bermain baik pada babak pertama. Saya sedih sebab Malaysia hanya suka membuang bola dan ia menyukarka­n kami untuk mengatur permainan. Memang dari segi ranking kami lebih baik tapi kami tidak menunjukka­nnya di dalam gelanggang,” katanya.

Keputusan seri itu membolehka­n Malaysia mendahului saingan futsal lelaki liga sepusingan dengan mengumpul empat mata selepas mencatat kemenangan 5-4 ke atas Myanmar dalam perlawanan pertama.

 ?? FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN ?? PEMAIN negara Mohamad Awalluddin Mat Nawi (tengah) diasak dua pemain Vietnam di Stadium Panasonic Shah Alam, semalam.
FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN PEMAIN negara Mohamad Awalluddin Mat Nawi (tengah) diasak dua pemain Vietnam di Stadium Panasonic Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia