Harian Metro

Lambat panas punca kecundang

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Shah Alam: Lambat panas dianggap menjadi punca skuad futsal wanita negara tewas 1-2 kepada Indonesia di Kompleks Sukan Panasonic, semalam.

Perkara itu diakui jurulatih, Muizzuddin Mohd Haris yang turut menyifatka­n skuadnya melepaskan peluang terbaik untuk meraih kemenangan.

“Saya boleh katakan bahawa kami melepaskan peluang untuk mendapatka­n tiga lagi mata selepas menang dengan Myanmar tempoh hari.

“Apa yang saya lihat, pemain saya lambat panas pada permulaan permainan. Hanya di babak kedua kami beraksi dengan baik, tapi melepaskan beberapa peluang terhidang untuk menjaringk­an gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Pada perlawanan semalam, Indonesia membuka tirai jaringan menerusi Novita Murni Piranti yang mudah menyudahka­n hantaran Rani Mulya Sari pada minit ke-11.

Indonesia yang dilihat lebih banyak melakukan serangan, hampir menambah jaringan pada minit ke-15, namun percubaan Dinar Kartika Sari sekadar singgah di palang gol.

Ketika Malaysia berusaha untuk menyamakan kedudukan, Indonesia menambah tekanan tuan rumah dengan gol kedua hasil percubaan Susi Susanti pada minit ke-20.

Malaysia beraksi lebih baik di babak kedua dan mendapat peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-27 namun percubaan Farah Najihah Abdul Aziz diselamatk­an penjaga gol, Citra Adisti.

Jaringan yang dicari skuad negara akhirnya terhasil pada minit ke-32 selepas Norhawa Md Yasin menyempurn­akan hantaran Nur Shazreen Munazli tetapi ketumpulan jentera serangan Malaysia untuk menyudahka­n beberapa peluang terhidang selepas itu menyaksika­n keputusan 2-1 memihak Indonesia hingga wisel penamat.

 ??  ?? PEMAIN negara Intan Sarah Anisah Zulgafli (tengah) diasak pemain Indonesia, semalam.
PEMAIN negara Intan Sarah Anisah Zulgafli (tengah) diasak pemain Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia