Harian Metro

Yakin jadi juara kumpulan: Wai Min

-

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) Myanmar Nan Wai Min tetap yakin dapat menewaskan Malaysia di Stadium Shah Alam hari ini untuk mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.

Dia berkata, mereka tidak gentar untuk berdepan pasukan tuan rumah meskipun bakal mendapat sokongan padu penyokong.

“Saya fikir kedua-dua pasukan memiliki keupayaan sama, masing-masing ada peluang untuk menang.

“Saya percaya kami boleh menang dan menjadi juara kumpulan kerana itu sasaran kami,” kata Wai Min.

Tiada tekanan buat Myanmar, naib juara di Singapura 2015 untuk turun menentang Malaysia pada aksi terakhir kumpulan selepas mengesahka­n tempat ke separuh akhir hasil kemenangan ke atas Singapura 2-0, Laos 3-1 dan Brunei 6-0.

Myanmar kendalian jurulatih dari Jerman Gerd Zeise hadir dengan reputasi hebat apabila dibarisi ramai pemain skuad yang beraksi di Piala Dunia B-20 pada 2015 serta sembilan pemainnya kini pemain skuad senior.

Mereka bagaimanap­un tumpas 0-2 kepada skuad muda negara pada aksi persahabat­an di

Stadium

Shah Alam pada 13

Julai lalu, namun bagi

Wai Min dia percaya keputusan itu tidak boleh dijadikan ukuran.

“Pada perlawanan itu, kami tidak boleh bermain dengan baik sebab hujan lebat dan ia pula sekadar aksi persahabat­an. Kali ini pasti berbeza,” kata pemain pertahanan kanan Yangon United itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia