Harian Metro

Catat sejarah

- Fardy Bungga dan Farah Azharie sukan@hmetro.com.my

 Skuad ragbi negara raih emas selepas atasi Singapura

Skuad ragbi lelaki 7s kebangsaan melakar sejarah apabila memenangi emas selepas mengalahka­n Singapura 22-7 pada aksi final yang berlangsun­g di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, semalam.

Malaysia beroleh mata menerusi try Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, Muhammad Zulhisham Rasli, Zulkiflee Azmi dan Mohamad Nur Azri Azmi.

Zulkiflee yang juga kapten pasukan, meluahkan rasa gembiranya apabila muncul juara kali ini selepas memenangi perak di temasya Singapura, dua tahun lalu.

“Singapore memberikan tentangan sengit buat kami tetapi kami turun dengan semangat juang tinggi kerana kami mahu menghadiah­kan emas buat negara,” katanya.

Terdahulu, Malaysia yang kehilangan tonggak, Siddiq Jalil, 24, gara-gara kecederaan hidung, tewas 7-12 di tangan Thailand pada perlawanan pertama.

Malaysia yang dibimbing jurulatih Mohd Saizul Hafifi Md Noor, bangkit mencatat kemenangan besar 75-0 ke atas Indonesia pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Muhamad Firdaus Tarmizi dan Azwan masing-masing menyempurn­akan tiga try sambil Zulhisham melengkapk­an dua try.

Malaysia menduduki tangga teratas kumpulan dengan kelebihan dua try berbanding pemenang gangsa temasya 2015, Singapura yang menduduki tempat kedua.

Tetapi, kejutan terbesar semalam ialah apabila Thailand mengalahka­n juara edisi 2015, Filipina dengan catatan 26-7 sekali gus memenangi gangsa.

Sementara itu, skuad wanita kebangsaan turut mencuri tumpuan apabila memenangi gangsa selepas mengalahka­n Filipina 7-5 pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

Kapten Normasyira­h Zahari gembira apabila mereka berjaya menamatkan saingan di podium walaupun gagal melangkah ke final selepas dikalahkan Singapura 22-0.

“Kami berpeluang untuk ke final tetapi malangnya kami tewas di tangan Singapura. Bagaimanap­un, kami bangkit untuk memastikan perjuangan kami berakhir di podium,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN ragbi lelaki 7 sebelah meraikan kemenangan mereka selepas memenangi pingat emas, semalam.
PEMAIN ragbi lelaki 7 sebelah meraikan kemenangan mereka selepas memenangi pingat emas, semalam.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia