Harian Metro

Tuanku ‘power’

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

 Sultan Mizan raih emas kategori individu, berpasukan

Keputusan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk kembali menyertai skuad sukan lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) memang tepat apabila merangkul pingat emas untuk negara dalam kategori individu sejauh 80 kilometer di Taman Endurance Antarabang­sa Terengganu (TIEP), di sini, semalam.

Selain kejayaan Sultan Mizan, kem negara turut ceria apabila gandingan Mohammad Fuad, Mohd Adhwa Embong dan Azizatul Asma Abdullah menghadiah­kan emas dalam acara berpasukan.

Sultan Mizan yang menunggang kuda RTES Annaversar­y menamatkan perlumbaan dalam tempoh 3 jam 48 minit 38 saat dengan purata kelajuan 20.994 kilometer sejam.

Dengan kemenangan bersejarah itu, Sultan Mizan muncul Sultan pertama dari negara ini yang menyertai Sukan SEA dan memenangi pingat.

Pingat perak kategori individu menjadi milik seorang lagi atlet negara, Mohd Bulkhari Rozali yang menunggang JQ Tuan Junior dan

(gambar)

mencatatka­n masa 3 jam 48 minit 40 saat.

Ketiga-tiga tempat teratas acara itu dikuasai Malaysia apabila Mohammad Fuad Hashim menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 3 jam 48 minit 42 saat. Bagaimanap­un, pingat gangsa berpindah milik kepada atlet Thailand, Khuntarapo­rn Warit kerana berdasarka­n peraturan yang menetapkan hanya dua atlet dari negara sama yang layak berada di podium bagi kategori individu.

Khuntarapo­rn yang menunggang kuda Shardell Prince Ali menamatkan perlumbaan dalam masa 4 jam 16 minit 5 saat.

Penunggang keenam negara, Mohd Yusran Yusuf tidak menamatkan perlumbaan dan berhenti di pertengaha­n saingan selepas kudanya Castlebar Twilight mengalami kecederaan.

Untuk kategori berpasukan pula, skuad negara unggul dengan catatan masa terkumpul keseluruha­n 11 jam 31 minit 30 saat.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia