Harian Metro

Nikmat kalungan emas

- Ajitpal Singh, Ferzalfie Fauzi & Syafiq Aznan nstsport@nst.com.my

 Semangat Wai Kin tak pernah luntur walaupun gagal empat temasya sebelum ini

Selepas kecewa di empat temasya sebelum ini, Yeap Wai Kin akhirnya berjaya merasai nikmat dikalungka­n emas apabila meraih mata tertinggi acara wushu bagi disiplin jianshu lelaki di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Wai Kin yang gemar menonton filem aksi lakonan Jet Li (bekas atlet wushu) mengakui sangat gembira selepas berjaya mengumpul 9.67 mata, mengetepik­an rakan senegara Wong Weng Son (9.65) dan pemenang gangsa, Fung Jin Jie (9.48).

“Sebelum beraksi saya tidak fikir mengenai berapa markah akan dikutip, hanya mahu beraksi cemerlang. Bagaimanap­un, selepas mendapat tahu mata yang diraih, saya berasa sangat teruja. Mencatat kejayaan satu-dua satu pencapaian luar biasa, ini adalah sejarah,” katanya yang mewakili skuad kebangsaan sejak berusia 16 tahun.

Wai Kin yang berusia 24 tahun dan berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang mengakui dia sudah melakukan persiapan dengan sangat rapi kerana edisi kali ini Malaysia menjadi tuan rumah.

“Ini emas pertama saya selepas empat Sukan SEA. Dua tahun lalu di Singapura dan 2011 di Indonesia saya tidak memenangi pingat, manakala pada 2009 di Laos saya berjaya meraih satu gangsa,” katanya.

Ditanya mengenai Weng Son, Wai Kin berkata, mereka berdua adalah kawan baik dan sentiasa berlatih bersama-sama tanpa ada sebarang sifat negatif seperti membuat perbanding­an atau bergaduh.

“Kami hanya berikan yang terbaik di dalam latihan dan mana-mana kejohanan yang disertai,” katanya yang akan mengambil bahagian dalam disiplin Qiangshu hari ini.

 ??  ??
 ??  ?? DIANA (tengah) ungguli acara Nanquan Wanita.
DIANA (tengah) ungguli acara Nanquan Wanita.
 ?? FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI
FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI ?? WAI Kin rangkul emas acara Jianshu Lelaki di KLCC, semalam.
FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI WAI Kin rangkul emas acara Jianshu Lelaki di KLCC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia