Harian Metro

Dendam berbalas

- Aida Adilah Mat, Mohd Fitrie Muhamad dan Jugjet Singh sukan@hmetro.com.my/ bhsukan@bh.com.my/ nstsport@nst.com.my

 Malaysia rampas emas bola jaring dari Singapura

Kehadiran penonton memenuhi Stadium Juara Bukit Kiara memberi semangat luar biasa buat pemain bola jaring negara apabila misi membalas dendam dua tahun akhir tercapai.

Kehadiran lebih 1,000 penonton menjadi saksi Malaysia melakarkan kemenangan selesa mengatasi musuh tradisi Singapura dengan 65-41 semalam.

Andai dua tahun lalu, skuad negara emas hanya dipisahkan dengan tiga mata apabila Malaysia tewas tipis 43-46, pada temasya kali ini skuad bimbingan Tracey Robinson membuktika­n pengalaman lalu mematangka­n mereka apabila mudah membelasah Singapura.

Bagi ketua pasukan negara Nur Syafazliya­na Mohd Ali, kemenangan itu memberi satu kepuasan yang cukup bermakna buat kem negara.

“Emas ini penting untuk kami terus melakar kemenangan seterusnya dan diharapkan akan dapat melakarkan lebih banyak lagi kejayaan selepas ini,” katanya.

Misi skuad negara seterusnya adalah mempertaha­nkan gelaran juara Asia tahun depan selepas tidak layak beraksi di Sukan Komanwel.

Malaysia bermula garang pada babak pertama apabila menguasai 20-7 dan memasuki suku kedua, gandingan An Najwa Azizan sebagai GS (gol shooter) bersama Izyan Syazana Mohd Wazir GA (gol attack) turus menyerlah apabila meletakkan Malaysia 24 mata di depan.

Singapura cuba mengubah rentak permainan dengan membuat pertukaran meletakkan Charmine Soh yang sebelum itu beraksi di posisi GK (gol keeper) ke posisi GS (gol shooter) pada suku ketiga bagaimanap­un, ia gagal untuk menghalang skuad negara terus menguasai permainan pada suku ketiga dan keempat beraksi dengan jaringan 51-28 dan 65-41.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN bola jaring negara menunjukka­n pingat emas selepas mengalahka­n Singapura, semalam.
PEMAIN bola jaring negara menunjukka­n pingat emas selepas mengalahka­n Singapura, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia