Harian Metro

‘ADA TAK SUKA DENGAR SAYA KETAWA’

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Menjadi penyampai radio ada manis dan pahitnya. Bagi penyanyi Haiza, gandingan bersama AG untuk mengendali­kan segmen Pagi Hari Di Kool FM bukan

perkara yang sukar kerana sudah mempunyai pengalaman dalam bidang

berkenaan. Namun, dalam usaha menghiburk­an pendengar, Haiza memberitah­u ada menerima komen negatif daripada

pendengar. “Ada pendengar meninggalk­an komen di media sosial memberitah­u dia tidak suka dengar saya ketawa,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama,

baru-baru ini. Penyanyi Dag Dig Dug ini beranggapa­n pendengar terbabit mungkin kurang

mengenali sikapnya. “Nak buat macam mana, memang saya ketawa seperti itu. Agaknya pendengar ini kurang mengenali sikap saya macam mana, jadi boleh mengeluark­an kenyataan

seperti itu,” katanya. Selama 15 tahun berkecimpu­ng dalam bidang seni suara, penyanyi dari Indonesia, Marcell Siahaan bakal tampil mengadakan konsert istimewa yang diberi nama Once In A Lifetime.

Konsert yang akan berlangsun­g pada 23 September depan itu bakal diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert itu juga sempena meraikan ulang tahun Marcell yang ke-40.

Mengulas mengenai persiapan konsert itu dan pemilihan nama konsert, bapa kepada tiga anak itu mempunyai ceritanya tersendiri.

Hadir ke ibu kota baru-baru ini bagi mempromosi­kan konsert berkenaan, nyata penyanyi yang dikatakan pendiam ini, galak berbicara dan berkongsi cerita.

“Saya memilih Kuala Lumpur kerana berasakan diri ada ikatan batin dengan negara ini kerana pelbagai perkara dan mungkin juga kerana bahasa yang hampir sama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia