Harian Metro

Switch batu loncatan Morgan

- Syafil Syazwan Jefri (Yang menemu bual Morgan Oey di Jakarta baru-baru ini) syafil.syazwan@hmetro.com.my

Drama bersiri pertama Viu sasar penonton Malaysia

dalam pasaran mereka

Nama Morgan Oey mungkin belum cukup dikenali di Malaysia seperti bintang popular Indonesia yang lain. Namun, lakonannya mula ditonton, sekali gus diterima dengan baik penonton negara ini.

Bermula sebagai seorang anggota kumpulan Smash yang pernah berkolabor­asi dengan Stacy menerusi lagu Hello beberapa tahun lalu, nama Morgan lebih mendapat tempat selepas membintang­i filem Jilbab Traveler.

Terbaru, pelakon berusia 27 tahun ini hadir dengan karya terbarunya, Switch yang disiarkan secara online menerusi laman web penstriman video, Viu.

“Dalam drama bersiri 13 episod ini, saya memegang peranan sebagai Richard yang bekerja sebagai barista di kedai kopi.

Berbeza dengan drama lakonan saya sebelum ini, pendekatan yang diberikan untuk filem ini sama seperti yang diberikan dalam penghasila­n filem,” katanya.

Tidak hanya ditayangka­n di Indonesia, Switch yang juga drama bersiri asal pertama Viu itu turut menyasarka­n penonton Malaysia dalam pasaran mereka.

“Selepas Jilbab Traveler mendapat reaksi positif daripada penonton

Malaysia, mungkin Switch akan menjadi satu lagi batu loncatan buat saya.

“Selalunya, kalau ada drama atau karya terbaru yang ditayangka­n di Malaysia, ada peminat dari Malaysia memaklumka­n mereka tidak dapat menonton sama.

“Jadi, dengan adanya tayangan secara penstriman sebegini akan memberi peluang kepada penonton Malaysia untuk sama-sama menonton,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan menerima sekiranya ditawarkan untuk melebarkan sayapnya sebagai pelakon di Malaysia, Morgan tidak menolak.

“Kalau ada tawaran, saya akan cuba nasib. Ramai yang tahu saya sebagai bekas anggota Smash, jadi mungkin menerusi lakonan, mereka dapat lihat sisi berbeza saya,” katanya.

Bercerita serba sedikit mengenai drama Switch yang memulakan tayangan pada 15 Ogos lalu di laman web www.viu.com dan aplikasi Viu itu, ternyata ideanya begitu segar berbanding drama sedia ada.

“Ia mengisahka­n mengenai kehidupan belia masa kini yang digelar generasi milenial. Dalam Switch, dipaparkan kisah dua teman karib bernama Emma dan Febby yang bertukar roh selepas satu insiden.

“Saya menjadi pelengkap dalam kisah itu apabila seorang daripada mereka jatuh cinta dengan saya, tetapi sebenarnya berada dalam tubuh teman yang satu lagi,” katanya.

Selain Morgan, Switch turut dibintangi Karina Salim, Tatyana Akman dan Vincent Tio.

 ??  ?? MORGAN (kanan) bersama
pelakon drama Switch.
MORGAN (kanan) bersama pelakon drama Switch.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia