Harian Metro

Mira Filzah jual ayam

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Sahut cabaran Drama Lirik Hot bersama Hafidz Roshdi

Di samping mendengar lagu serta program menarik yang disediakan stesen radio Hot FM, pendengar juga masih berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai RM60,000 menerusi peraduan Drama Lirik Hot yang berlangsun­g selama tiga minggu.

Jika sebelum ini, peraduan itu mempertaru­hkan dua pelakon iaitu Ayda Jebat dan Redza Rosli sebagai bintang, kali ini, Hot FM menampilka­n gandingan Mira Filzah dan Hafidz Roshdi yang akan terbabit sehingga 25 Ogos ini.

“Ada beberapa puluh babak memerlukan saya dan Hafidz bergabung. Babak yang akan kami lakonkan diambil daripada jalan cerita dalam rangkaian lagu popular.

“Dari situ, pendengar Hot FM perlu menghubung­i dan meneka lirik lagu serta nama penyanyi menerusi jalan cerita yang kami lakonkan itu,” kata Mira.

Dalam dua tugasan pertama, pelakon drama bersiri Ops Cinta Din Sardin itu berkata, dia benar-benar tercabar.

“Tugasan pertama lebih kepada eksperimen sosial apabila saya ditugaskan meminta bantuan orang awam secara rawak di kawasan gerai makan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

“Tugasan kedua juga tidak kurang mencabar apabila saya perlu berniaga dan mendapatka­n jumlah RM200 dengan menjual ayam di pasar TTDI selama 30 minit,” katanya.

Selain Mira, Hafidz juga tidak ‘terlepas’ daripada melakukan tugasan mencabar iaitu menjalani gimik sebagai atlet gimnastik sempena Sukan SEA.

Selain itu, Geng Pagi Hot yang diterajui Syuk, Ajak dan Fizie meneruskan misi jelajah mereka di sekitar Lembah Klang.

Antara lokasi terbabit adalah di Auntie Kopitiam, Kuala Selangor pada 23 Ogos, Roti Canai D Bukit, Bangi (24 Ogos) dan Warung Kita, Sungai Buloh (25 Ogos).

Pendengar dan pengunjung yang hadir ke siri jelajah itu berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya gajet berjenama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia