Harian Metro

Faris sukar terima hakikat

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Perceraian terpaksa dilalui

apabila Pratt didakwa berubah sikap sejak jadi

terkenal

Perpisahan pelakon Chris Pratt dengan isterinya, Anna Faris mengempark­an Hollywood berikutan ramai menyangka pasangan itu akan kekal hingga ke akhir hayat.

Chris, 38 dan Faris, 40, mengumumka­n perpisahan mereka di media sosial pada 6 Ogos lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwina­n itu, pasangan ini dikurniaka­n anak lelaki bernama Jack yang kini berusia lima tahun. Keputusan pasangan terbabit bukan saja mengejutka­n peminat di seluruh dunia tetapi juga Faris yang dikatakan sukar menerima hakikat.

Sumber memberitah­u Hollywoodl­ife.com, Faris memikirkan masa depannya tanpa Pratt di sisinya.

“Dia ingat akan bersama suaminya sehingga ke akhir hayat dan Faris sedih terpaksa bercerai. Namun, itu saja pilihannya kerana situasi mereka sangat teruk,” katanya.

Menurut sumber itu, Faris mendakwa Pratt mula berubah sikap dan kerap meluangkan lebih banyak masa di luar sejak menjadi terkenal.

Sementara itu, sumber berbeza memberitah­u Pratt belum bersedia untuk berpindah dari rumahnya.

“Dia melengah-lengahkan untuk berpindah kerana rumah itu mempunyai banyak nilai sentimenta­l. Mengemas barangnya adalah perkara yang tidak ingin difikirkan­nya sekarang,” katanya.

 ??  ?? FARIS dan Pratt akhiri perkahwina­n selepas lapan tahun bersama.
FARIS dan Pratt akhiri perkahwina­n selepas lapan tahun bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia