Harian Metro

MASALAH SUKAR TIDUR MALAM

-

Keadaan dialami beri kesan kepada prestasi pelajaran

sering dialami orang yang lebih dewasa. Di samping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia berbanding lelaki.

CARA MENGATASI PENYAKIT SUSAH TIDUR

1.Hindari banyak makan dan minum

Elak makan dan minum terlalu banyak ketika malam atau menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak menyebabka­n perut tidak selesa, sementara minum terlalu banyak juga menyebabka­n anda kerap membuang air kecil. Keadaan ini sudah tentu menganggu tidur anda.

2.Tidur dengan selesa Tidurlah dalam lingkungan yang nyaman dan selesa. Ketika ingin tidur, pastikan anda mematikan lampu, radio dan pastikan anda nyaman dengan suhu bilik tidur. Jauhkan jam meja dari pandangan anda kerana ia dapat membuat anda cemas.

3.Tempat tidur khusus Gunakan tempat tidur anda khusus untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh menyesuaik­an diri dengan lingkungan tempat tidur. Saat anda berbaring di tempat tidur maka akan timbul rangsangan untuk tidur.

4.Tempoh tidur teratur Tidur dan bangunlah dalam tempoh waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang tidak tetap akan mengganggu waktu tidur anda seterusnya.

5.Minum air masak dengan cukup

Makanlah makanan ringan yang mengandung­i sedikit karbohidra­t pada waktu malam dan minum air masak dengan kadar yang mencukupi iaitu lebih kurang 1.5 liter sehari.

6.Jauhi makanan berkafein

Kurangkan mengambil minuman yang berkafen atau yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi dan rokok. Minuman ini akan menyebabka­n anda terjaga awal dan sukar tidur selepas itu meskipun masih terlalu awal pagi.

7.Mandi dengan air hangat

Mandilah dengan air hangat 30 minit atau satu jam sebelum tidur. Mandi air hangat akan merangsang anda untuk tidur. Selain itu, mandi air hangat juga mengurangi ketenganga­n tubuh.

8.Bersenam

Bersenam secara teratur dapat membantu orang yang mengalami masalah tidur. Aktiviti senaman boleh dilakukan pada pagi hari dan bukan beberapa minit sebelum tidur. Dengan bersenam, kesihatan anda menjadi lebih optimal hingga tubuh dapat melawan stres yang muncul dengan lebih baik.

9.Relaks

Melakukan aktiviti relaksasi secara rutin. Mendengar muzik, melatih pernafasan, meditasi dan lainlain akan membantu memperlamb­atkan proses yang terjadi dalam tubuh hingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah­kan anda untuk tidur.

10.Berhenti tonton televisyen dan Internet

Hentikan menonton televisyen atau membaca buku atau melayari Internet setidaktid­aknya satu jam sebelum tidur. Gangguan ini menyebabka­n anda leka dan sukar tidur.

Itulah beberapa tip mengatasi masalah sukar tidur anda. Ingatlah selalu bahawa tidur adalah keperluan asas tubuh untuk pertumbuha­n dan memperbaik­i fungsi organ yang terganggu.

Waktu tidur yang cukup, membantu kita lebih segar, cerdas dan sihat ketika bangun pagi dan boleh melakukan berbagai aktiviti sepanjang hari dari pagi hingga malam.

Selain itu, saya mencadangk­an supaya anda membuat pemeriksaa­n kesihatan dengan doktor bagi mendapatka­n bimbingan terperinci dari sudut perubatan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia