Harian Metro

Guna bahasa inggeris sepenuhnya

-

Aktiviti turut merangkumi

aspek kemahiran

selepas sekolah dan pemantapan kendiri pelajar

Katanya, 30 fasilitato­r dari universiti dalam dan luar negara termasuk 10 penuntut dari University of Bristol, United Kingdom menjayakan kem berkenaan.

“Kem ini menggunaka­n bahasa Inggeris sepenuhnya dengan pendedahan berkenaan peluang pendidikan selepas sekolah menengah dan semangat ‘Kalsom’ sebagai tunjang utama program. Walaupun singkat tapi amat berkesan kerana kami rangka modul interaktif yang membolehka­n setiap peserta mudah memahami.

“Ini jelas, jika pada awalnya pelajar tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi selepas enam hari di sini, saya bangga ada antara mereka berdiri di hadapan rakan dan petah berhujah.

“Ini program pertama daripada tiga yang dirancang untuk kami laksanakan sepanjang tahun ini,” katanya.

Nur Amalina berkata, aktiviti dijalankan bercirikan akademik selain merangkumi aspek kemahiran selepas sekolah dan pemantapan kendiri pelajar.

Menurutnya, terdapat empat modul utama yang menjadi inti pati pengisian KMPK 2017 antaranya modul Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan alam selepas persekolah­an.

“Ia memberi pendedahan berkenaan peluang pendidikan selepas sekolah menengah kepada pelajar dan menerapkan semangat Kalsom dalam kalangan setiap individu terbabit.

“Kem ini juga membantu mempersiap­kan diri peserta sebelum menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun depan,” katanya.

Dania Qistina Rosmaini, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(SMKA) Rembau akui teruja menyertai program itu kerana banyak yang dapat dipelajari­nya terutama kaedah berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik selain membina keyakinan diri.

“Melalui bimbingan fasililato­r berkemahir­an, saya kini lebih yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Malah, program ini juga mampu membantu saya meningkatk­an pencapaian dalam subjek bahasa Inggeris pada SPM tahun depan,” katanya.

Akmal Haiqal Amir,

16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau, juga mengakui kelemahann­ya dalam bahasa Inggeris dapat diatasi melalui penyertaan­nya itu.

“Berbeza dengan kem motivasi yang pernah saya ikuti sebelum ini, kem ini menitikber­atkan pembanguna­n akademik dan bukan akademik apabila pelajar diberikan inspirasi untuk berjaya,” katanya.

Projek Kalsom bermula pada 1993 dikelolaka­n sekumpulan pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) yang tertarik dengan kisah kepayahan hidup dilalui seorang ibu tunggal, Kelthum Abdullah dari Kelantan.

Kelthum dikatakan bekerja keras menyara kehidupan dan berusaha mengumpul dana bagi membiayai kos pendidikan anaknya.

Pada 2011, Projek Kalsom atau sebelumnya dipanggil The Kalsom Movement didaftarka­n di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan sebagai KBK serta diiktiraf Rakan Muda.

Ahli KBK menggunaka­n cuti semester musim panas bagi menabur bakti dan menjayakan Projek Kalsom itu untuk memastikan pelajar sekolah menengah luar bandar yang kurang bernasib baik mencapai kejayaan.

Dalam pada itu Nur Amalina berkata, tahun ini Projek Kalsom 23 disasarkan untuk memberi impak positif kepada golongan sasaran untuk sekurangku­rangnya 300 pelajar luar bandar akan dibimbing dalam program berkenaan.

“Modul dimulakan dengan aktiviti mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan seterusnya memupuk keyakinan diri untuk memastikan mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya selepas sekolah,” katanya. -Mohd Amin Jalil

 ??  ?? FASILILATO­R dan peserta Kem Motivasi Projek Kalsom 2017.
FASILILATO­R dan peserta Kem Motivasi Projek Kalsom 2017.
 ??  ?? MODUL kem ini dilaksanak­an dengan cara interaktif bagi menarik minat peserta.
MODUL kem ini dilaksanak­an dengan cara interaktif bagi menarik minat peserta.
 ??  ?? NUR AMALINA
NUR AMALINA
 ??  ?? DANIA
DANIA
 ??  ?? AKMAL
AKMAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia