Harian Metro

Hapus pergantung­an tenaga asing

-

Graduan

Kolej Vokasional boleh isi ruang ditinggalk­an

pekerja luar dalam pelbagai

sektor

Ini meningkatk­an enrolmen pelajar bagi memilih bidang TVET sebagai bidang pilihan belajar dan bekerja.

Menurut Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ridzwan

Che Rus, strategi itu selaras dengan usaha kerajaan melalui Strategi Lautan

Biru Kebangsaan (NBOS) untuk memanfaatk­an segala kemudahan yang ada untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu, katanya usaha transforma­si IPG kepada Kolej Vokasional perlu dilihat secara positif bagi meyemarakk­an bidang TVET di negara ini.

Jelasnya, isu teknikal seperti perpindaha­n pensyarah IPG ke agensi kementeria­n lain adalah isu kecil yang boleh di selesaikan dengan mudah oleh Kementeria­n Pendidikan.

“Selama ini kita sangat bergantung kepada tenaga kerja asing tidak berkemahir­an dan separa mahir sehingga menyebabka­n masalah lain muncul seperti masalah jenayah.

“Graduan Kolej Vokasional sebenarnya boleh mengisi ruang pekerjaan yang ditinggalk­an pekerja asing ini dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, pertanian, perkhidmat­an dan pelanconga­n.

“Tapi graduan Kolej Vokasional juga perlu berani berubah untuk mengisi ruang pekerjaan kerana jika tidak kita membangunk­an negara siapa lagi yang akan buat?

“Walaupun isu pekerja tempatan yang kurang berminat dengan kerjaya yang kotor, berbahaya dan sukar tapi seperti saya katakan sebelum ini kalau tidak kita siapa lagi?,” katanya.

Namun, katanya majikan juga perlu memberikan gaji yang sesuai, dengan tahap kelayakan dan kemahiran graduan KV menerima diploma kerana jika tiada tarikan gaji yang baik maka agak sukar untuk graduan tempatan hidup dengan kos sara hidup pada masa kini.

Ridzwan berkata, kajian pasaran dan hubungan baik dengan pihak industri juga menjadikan graduan KV berdaya saing di pasaran kerja terbuka.

“Tahap pengetahua­n dan kemahiran graduan Kolej Vokasional juga sangat tinggi dan memenuhi kehendak majikan.

“Mereka juga mempunyai kemahiran ‘lifelong learning’ untuk kekal dan berubah mengikut pasaran kerja dan teknologi yang berubah dengan pantas selaras Revolusi Industri 4.0.

“Pensyarah kolej

 ??  ?? KEJURUTERA­AN elektrik turut menjadi pilihan pelajar perempuan. - Gambar hiasan
KEJURUTERA­AN elektrik turut menjadi pilihan pelajar perempuan. - Gambar hiasan
 ?? Fuzyah ?? Mereka diterapkan dengan kemahiran kreatif dan inovatif menerusi setiap kursus dipelajari dan juga didedahkan dengan kursus keusahawan­an sama ada menerusi kurikulum ataupun kokurikulu­m
Fuzyah Mereka diterapkan dengan kemahiran kreatif dan inovatif menerusi setiap kursus dipelajari dan juga didedahkan dengan kursus keusahawan­an sama ada menerusi kurikulum ataupun kokurikulu­m
 ??  ?? DR Ridzwan
DR Ridzwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia