Harian Metro

Karnival KVERTS jana RM10,000

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

KVERTS Fest 2017 anjuran koperasi Kolej Vokasional ERT Setapak (KVERTS) berjaya menjana pendapatan memberangs­angkan sehingga mencecah RM10,000 hasil jualan pelbagai produk.

Program itu disertai lebih 2,000 pengunjung termasuk orang ramai dan pelajar selain pelbagai aneka gerai seperti pakaian, makanan dan minuman, produk kecantikan serta kesihatan.

Pengarahny­a Fuzyah Abdullah berkata, 35 gerai pelajar menjual produk dari lima program KVERTS.

“Karnival anjuran inisiatif koperasi kolej ini bertujuan mendedahka­n pelajar dengan kemahiran menguruska­n program atau aktiviti keusahawan­an.

“Kami juga mahu memupuk minat berniaga dalam kalangan pelajar dan meningkatk­an kemahiran asas mereka menjalanka­n perniagaan secara kecilkecil­an,” katanya.

Beliau berkata, selain aktiviti jualan, larian KVERTS Run & Reunion turut dijalankan sempena karnival itu bagi mendapatka­n tajaan daripada pihak luar untuk membangunk­an One Stop Centre KVERTS (OSC).

Jelasnya, OSC yang ditubuhkan setahun lalu bertujuan membantu alumni KVERTS mendapatka­n maklumat berhubung program dianjurkan.

Sebagai tanda penghargaa­n kepada alumninya, KVERTS turut membantu penyediaan peralatan di bengkel bagi pelajarnya mengeluark­an produk sendiri.

“Kami faham, bagi yang baru memulakan perniagaan, modal belum cukup untuk menggerakk­an dan menghasilk­an produk.

“Oleh itu, kami mengalualu­kan bekas pelajar datang dan menggunaka­n peralatan yang ada untuk mengeluark­an produk sebelum memi liki modal untuk membeli perkakas sendiri,” katanya.

Secara keseluruha­n, beliau berkata, karnival tahunan itu berhasil membuahkan kesan positif dengan ratarata peserta teruja dan seronok menerokai aktiviti perniagaan, malah berharap program berkenaan diteruskan pada masa depan.

 ??  ?? FUZYAH bersama sebahagian pelajar yang hadir.
FUZYAH bersama sebahagian pelajar yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia