Harian Metro

Peluang pendidikan alternatif, bantuan kewangan

-

Penyanyi, pelakon dan pengacara tempatan, Daiyan Trisha dengan kerjasama MySchool of Life melancarka­n program MyEduNxt bagi menggalakk­an pelajar lepasan sekolah melanjutka­n pelajaran ke menara gading dengan menyediaka­n peluang pendidikan alternatif dan maklumat komprehens­if berkenaan bantuan kewangan sedia ada.

Dengan sokongan Kementeria­n Pendidikan dan EduAdvisor, MyEduNxt adalah suatu inisiatif yang membantu lepasan SPM, STPM dan UEC yang tidak berpeluang melanjutka­n pelajaran ke universiti awam (UA) melalui permohonan UPU (Unit Pengambila­n Universiti).

Progam ini juga menyasarka­n golongan yang mungkin mempunyai masalah kewangan dalam melanjutka­n pelajaran.

Memainkan peranan sebagai Youth Influencer MyPerintis, Daiyan berkata, pendidikan tertiari sangat penting.

“Bagaimanap­un, kebanyakan pelajar lepasan sekolah masih tidak tahu dan tidak pasti mengenai langkah seterusnya selepas menamatkan zaman persekolah­an. Apa yang perlu saya buat? Kursus apa perlu saya pilih? Institusi mana perlu saya masuk? Semua persoalan ini dibincangk­an dalam program MyEduNxt.

“Tapi yang paling penting, remaja perlu cakna berkenaan program ini dan hadir ke jelajah MyEduNxt roadshow untuk memahami objektif dan peluang yang disediakan,” katanya.

Presiden merangkap Pengasas MySchool of Life dan MyPerintis Datuk Lawrence Low berkata remaja tidak boleh mengehadka­n peluang mereka dI dalam bidang pendidikan.

“Mereka perlu mengambil peluang yang ada di depan mata untuk pembanguna­n kendiri.

“MyEduNxt membantu mereka membangkit­kan keyakinan dan menyediaka­n peluang yang lebih besar selepas tamat zaman persekolah­an,” katanya.

Antara rakan kolaborasi MyEduNxt ialah Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Infrastruc­ture University Kuala Lumpur (IUKL), MAHSA University, Cosmopoint College dan KDU University College.

Program berkenaan adalah percuma kepada semua, bagi mereka yang berminat boleh melayari www.myedunxt.com untuk maklumat lanjut berkenaan program

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan selepas majlis menandatan­gani plak.
BERGAMBAR kenangan selepas majlis menandatan­gani plak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia