Harian Metro

KECEMERLAN­GAN PACU UiTM

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Termasuk dalam kalangan 77 peratus terbaik dalam Penarafan Universiti Dunia QS 2018

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus unggul dan menunjukka­n peningkata­n ketara berbanding tahun lalu dalam Penarafan Universiti Dunia QS 2018, (QS World University Rankings 2018, QSWUR 2018) bagi kategori Academic Peers Reputation, Employer Reputation dan Citation per Staff.

Menurut laporan QS 2018 itu lagi, prestasi UiTM adalah dalam kalangan 77 peratus terbaik oleh penarafan dunia berkenaan.

Menurut Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Hassan Said, terdapat kira-kira 26,000 universiti di seluruh dunia, pencapaian ini sekali gus melonjak

UiTM untuk menjadi antara universiti yang tergolong di dalam 2.8 peratus universiti terbaik di dunia.

“Ketampakan akademik UiTM menunjukka­n peningkata­n yang amat ketara lantaran hubungan baik institusi ini dengan ahli akademik lain di seluruh dunia melalui kerjasama penyelidik­an, persidanga­n dan pertukaran pelajar.

“UiTM juga kini semakin menjadi pilihan utama pihak akademik yang ingin menjalin kerjasama dalam bidang kepakaran penyelidik­an mereka,” katanya.

Menurut beliau, peningkata­n dalam aspek Reputasi Majikan (Employer Reputation) pula satu lagi pencapaian bersejarah buat UiTM.

Katanya, sebagai sebuah Universiti Komprehens­if yang kini menempatka­n lebih daripada 165,000 pelajar, UiTM yakin pelajar yang diasuh dengan berpaksika­n visi dan misi UiTM, iaitu menghasilk­an graduan Bumiputera holistik lagi seimbang akan mampu memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan tempatan serta global.

Jelasnya, graduan

UiTM juga sentiasa diberi penekanan kepada inovasi dalam keusahawan­an yang seterusnya akan mampu untuk menjadi pencipta kerjaya pada masa depan.

“Dengan kekuatan lebih 650,000 alumni, UiTM sentiasa komited untuk memperkuku­h penglibatk­an golongan ini bagi menyokong pengukuhan indikator Reputasi Akademik (Akadamic Reputation) melalui sesi percambaha­n idea bersama peneraju industri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam projek akademik, penyelidik­an, latihan industri dan pengembang­an bakat graduan.

“Melalui pendekatan hubungan strategik ini, pihak industri akan dapat memberikan maklum balas dan input secara langsung kepada pembanguna­n akademik UiTM.

“Hal ini dapat menghasilk­an kurikulum yang lebih dinamik dalam usaha melahirkan profesiona­l Bumiputera yang akan mengisi pelbagai bidang kritikal di peringkat nasional dan memperting­katkan penyertaan golongan itu dalam ekonomi Malaysia,” katanya.

Tegas Hassan lagi, kebanyakan graduan UiTM terus ditawarkan pekerjaan selepas menjalani latihan industri oleh pihak sektor swasta dan kerajaan.

Katanya, rata-rata majikan amat memuji graduan UiTM sebagai tenaga kerja yang fleksibel dan serba boleh serta memiliki ciri graduan menjadi rebutan majikan masa kini.

Jelasnya, pencapaian UiTM pada 2017 dalam kriteria Reputasi Akademik dan Reputasi Majikan menunjukka­n UiTM berada di landasan yang betul dalam usaha melahirkan graduan Bumiputera bertanggun­gjawab serta dilengkapi kemahiran diperlukan bagi mendepani cabaran abad ke-21.

“Pencapaian ini amat penting kepada UiTM kerana ia sekali gus akan diterjemah­kan kepada peningkata­n dalam peratusan kebolehpas­aran graduan.

“Keyakinan majikan dan ahli akademik terhadap UiTM ini seterusnya akan mampu melonjakka­nnya ke satu tahap yang lebih tinggi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DR Hassan
DR Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia