Harian Metro

‘Emas buat Malaysia’

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Natasha Ezzra dan Mohamad Roslan mahu guna kelebihan beraksi di negara sendiri

Dua atlet lawan pedang negara, Natasha Ezzra Abu Bakar, 26, dan Mohamad

Roslan Mohamed, 26, komited menjalani latihan sejak awal tahun untuk memberi persembaha­n terbaik pada temasya Sukan SEA pada acara lawan pedang yang bermula hari ini di Malaysian Internatio­nal Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Handal menerusi acara foil, Natasha Ezzra menaruh harapan tempoh dua bulan latihan di Korea Selatan pada Mei lalu mampu menghasilk­an emas Sukan SEA diimpikan.

Meskipun pencapaian terbaik anak jati Johor itu sekadar gangsa di Jakarta 2011, dia berharap tidak mengulangi­nya di tanah air sendiri.

Berkongsi kisah pembabitan­nya menerusi sukan ini, Natasha Ezzra berkata dia bergiat aktif dalam sukan olahraga sebelum bapa saudaranya memberitah­u peluang menjalani ujian TID (mengenal pasti bakat sukan) bagi lawan pedang.

“Awalnya saya jangka lawan pedang amat susah tetapi apabila diberi peluang menjadi sebahagian daripada pasukan, saya semakin teruja untuk mempelajar­i tekniknya.

“Dalam masa setahun saya sudah mahir bermain pedang dan ditawarkan memasuki Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar pada usia 14 tahun.

“Selepas setahun, saya terpilih mewakili negara ke Kejohanan South East Asian Fencing Championsh­ip di Manila.

“Walaupun saya hanya berjaya meraih pingat perak, itu sudah cukup bermakna untuk saya yang diberi peluang beraksi di kejohanan besar dan bernaung di bawah skuad kebangsaan lawan pedang pada usia muda,” kata anak kedua daripada enam beradik ini.

Katanya, dia menanam tekad dalam diri melakukan aksi yang lebih baik pada setiap pertanding­an untuk menduduki tangga pertama menerusi sukan ini di Malaysia.

“Saya berlatih bersungguh-

 ??  ?? MOHAMAD Roslan (kiri) dan Natasha Ezzra sasar emas untuk Sukan SEA.
MOHAMAD Roslan (kiri) dan Natasha Ezzra sasar emas untuk Sukan SEA.
 ??  ??
 ??  ?? NATASHA Ezzra berlatih bersama Fong
Tyanne.
NATASHA Ezzra berlatih bersama Fong Tyanne.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia