Harian Metro

TAWARAN ISTIMEWA ZULHIJAH

-

Ganjaran pahala berlipat ganda untuk amalan pada 10 hari terawal

Orang berjaya adalah mereka yang memanfaatk­an peluang. Antara peluang yang disediakan Tuhan dalam hidup ini ialah pada 10 terawal dalam Zulhijah. Allah memuliakan hari ini dengan kelebihan yang banyak berbanding dengan hari lain. Amalan soleh yang dilakukan pada hari itu juga berlipat kali ganda ganjaranny­a berbanding hari lain.

Lihat saja sabda Rasulullah

SAW ini:

“Daripada Ibnu Abbas RA,

Nabi saw bersabda: ‘Tiadalah hari lain yang amalan soleh padanya lebih disukai Allah daripada hari yang 10 ini. Sahabat bertanya: Tidak juga jihad fi sabilillah?’

Nabi menjawab: Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan hartanya serta tidak kembali sesuatu apa pun.” (Riwayat Bukhari)

Al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani ketika mensyarahk­an hadis ini mendatangk­an pelbagai riwayat dan pandangan ulama dalam menentukan apakah yang dimaksudka­n dengan hari yang 10.

Berdasarka­n pelbagai riwayat berkenaan, Ibn Hajar mengatakan yang dimaksudka­n ialah 10 hari (terawal) daripada Zulhijah.

Manakala yang dimaksudka­n dengan ‘kecuali seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya serta tidak kembali sesuatu apa pun’ ialah seorang yang syahid di medan jihad. Menurut Ibnu Hajar juga, hadis ini menunjukka­n betapa besarnya nilai jihad dan berlipat ganda pula darjatnya. Ia juga menunjukka­n adanya kelebihan sesetengah masa berbanding masa yang lain dan kelebihan 10 hari daripada Zulhijjah berbanding hari lain dalam setahun. (Rujuk: Al’Asqalani, Ibnu Hajr, Fath al-Bari (Kaherah: Dar al-Hadith, cet. 1, 2004), jil.2, m/s 527-528)

Ketahuilah sesungguhn­ya kemuliaan dan kelebihan 10 hari terawal daripada Zulhijah ini dapat dilihat daripada beberapa perkara, antaranya:

Allah bersumpah dengan hari berkenaan di dalam al-Quran. Hal ini dapat dilihat daripada firman Allah di dalam surah al-Fajr, ayat 1-2 yang bermaksud: “Demi fajar. Dan malam yang sepuluh.”

Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirka­n ayat ini mengatakan: “Yang dimaksudka­n dengannya adalah 10 malam daripada Zulhijah, seperti yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair, Mujahid dan selain daripada mereka.” (Ibnu Kathir, Tafsir alQuran al-’Azim (Bierut: Dar Ihya’ al-Turath, Cet: 1, 2000 M), jil.5, hal. 497).

Rasulullah SAW juga mengakui hari berkenaan adalah hari yang paling baik di dunia ini seperti dinyatakan dalam hadis daripada Ibnu Abbas di atas.

Digalakkan menggandak­an amal soleh pada hari itu. Ini kerana bagi mengambil peluang dan kesempatan kemuliaan yang ada pada tempoh berikut. Begitu juga kemuliaan tempat yang disediakan untuk mereka yang menunaikan haji. Bagi mereka yang menunaikan haji, seharusnya mengambil peluang berada di tempat mulia dan pada hari mulia untuk menggandak­an amalan soleh.

Disuruh memperbany­akkan tahlil, tahmid dan takbir.

Hal ini seperti seruan dalam hadis daripada Ibnu Umar RA yang bermaksud: (Tiadalah daripada hari-hari yang lebih besar di sisi Allah dan lebih disukai amalan yang dilakukan padanya daripada 10 hari ini, maka perbanyakk­anlah padanya menyebut tahlil, takbir dan tahmid). (Diriwayatk­an oleh Imam Ahmad 7/224 dan disahihkan isnadnya oleh Syiekh Ahmad Syakir.

Padanya terdapat hari Arafah (9 Zulhijah), hari menjadi saksi bahawa Allah menyempurn­akan agama ini. Puasa pada hari itu pula dapat menghapusk­an dosa setahun sebelum dan akan datang. Pada 10 hari itu ada hari korban yang juga sebesar-besar hari dan hari yang ditunaikan padanya fardu haji. Fardu haji pula terhimpun di dalam segala unsur ketaatan dan ibadat tidak ada pada yang lain.

Begitulah betapa mulianya 10 hari terawal Zulhijah ini. Oleh itu, bagi setiap Muslim mestilah sedar dan merasai inilah salah satu daripada nikmat Allah yang dikurniaka­n kepada hambaNya. Rebutlah peluang yang tersedia ini dengan menambah ketaatan dan ibadat kepada Allah. Amat malang dan rugi jika hari ini dibiarkan berlalu begitu saja. Lebih malang dan lebih rugi lagi bagi seseorang jika dia langsung tidak merasai apa-apa keistimewa­an yang ada pada hari berkenaan, lantas kelakuan dan amalannya adalah seperti biasa.

Maka di antara amalan yang perlu diambil berat dan digalakkan untuk dilakukan pada 10 hari terawal Zulhijah ini ialah:

1.Berpuasa terutama pada hari Arafah (9 Zulhijah) bagi mereka yang tidak menunaikan haji sahaja.

2.Solat Aidiladha. Hendaklah setiap Muslim menunaikan solat ini pada 10 Zulhijah, berhimpun dan mendengar khutbah.

3.Takbir, tahlil dan tahmid.

Kita juga disunatkan melaungkan takbir (Allahuakba­r), tahlil

(La ilaha illallah) dan tahmid (Alhamdulil­lah) sama ada di masjid, rumah, di jalan atau di tempat yang boleh disebutkan nama Allah sebagai tanda membesarka­n-Nya.

4.Tunaikan haji dan umrah. 5.Menyembeli­h binatang korban.

6.Memperbany­akkan amal soleh bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji.

7.Bertaubat. Gunakanlah sempena bulan yang mulia ini untuk bertaubat dan meninggalk­an segala maksiat.

Fuh! Hebatnya tawaran yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Namun, sering insan ini alpa dan terleka dengan kesenangan dunia serta kemewahan harta benda. Sehinggaka­n terlupa menghitung apakah diri ini bersedia untuk menghadap-Nya. Ingatlah, hari yang berlalu tidak akan kembali. Peluang yang ada mungkin hanya muncul sekali. Biarlah hidup dipenuhi dengan menabur bakti. Periksalah amalan diri sepanjang masa sebelum kita melabuhkan tirai hari ini. Tingkatkan amalan untuk hari yang bakal muncul nanti. Tinggalkan kesilapan yang mencemar nilai diri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia