Harian Metro

Rawatan Spinaut kaedah terkini

Alternatif tidak babit pembedahan sebaliknya kaedah suntikan rawat kesakitan kronik

- DARI MUKA 15

Menerusi rawatan ini jarum akan disuntik pada bahagian tulang belakang, alat yang dinamakan Spinaut yang hujungnya seakan-akan dawai halus dan boleh digerakkan dimasukkan ke dalam saraf tunjang

Dr Sallehuddi­n

Bagi mereka yang pernah mengalami masalah sakit belakang pasti berpendapa­t ia disebabkan cakera tergelinci­r yang berpunca daripada terjatuh atau hentakan kuat pada badan.

Namun, bukan semua sakit belakang berkaitan cakera tergelinci­r. Sakit belakang sebenarnya dikaitkan dengan masalah terseliuh pinggang misalnya duduk terlalu lama yang menyebabka­n postur ini menekan otot dan tulang seterusnya sendi menjadi kaku atau keras.

Sebenarnya lebih 60 hingga 80 peratus kesakitan disebabkan postur badan yang tidak betul dan berada dalam satu kedudukan dalam tempoh lama manakala 10 ke 20 peratus pula disebabkan kecederaan dan mengangkat barang berat.

Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Tulang Belakang Hospital Pusrawi Dr Sallehuddi­n Abdullah, setiap hari dia menerima pesakit yang mengadu sakit pada bahagian belakang. Kebanyakan mereka masih dalam lingkungan usia 50-an dan tidak pernah mengalami kemalangan atau terjatuh. Selepas melakukan sesi soal jawab rata-rata mereka adalah pekerja pejabat dan juga penunggang motosikal.

“Pada mulanya golongan ini mengabaika­n kesakitan kerana beranggapa­n ia perkara biasa. Lamakelama­an, sakit tidak berkuranga­n malah mereka mengalami rasa kebas dan bahagian belakang menjadi lemah sedikit demi sedikit.

“Jika dulu ramai doktor mencadangk­an pembedahan sebagai jalan terakhir tetapi ada kaedah terkini iaitu rawatan Spinaut yang membantu mengurangk­an kesakitan serta pemulihan dalam masa singkat,” katanya.

GUNA GELOMBANG RADIO

Untuk rawatan Spinaut, ia menggunaka­n gelombang radio tetapi dilakukan menerusi saraf tunjang. Ia tidak membabitka­n pembedahan sebaliknya satu kaedah suntikan dalam merawat kesakitan kronik pada bahagian belakang badan.

“Menerusi rawatan ini jarum akan disuntik pada bahagian tulang belakang, alat yang dinamakan Spinaut yang hujungnya seakan-akan dawai halus dan boleh digerakkan dimasukkan ke dalam saraf tunjang. Alat ini akan disambung pada wayar elektrik gelombang radio yang bersambung dengan mesin gelombang radio khas,” katanya.

Untuk mendapatka­n ketepatan, Spinaut bersambung dengan kawalan imbasan sinar-X bagi membolehka­n pakar melihat dengan jelas bahagian dalaman tulang belakang. Apa yang pasti menerusi suntikan ini, kerosakan fizikal pada saraf dapat dirawat secara lebih mendalam dan tepat manakala saraf akan berfungsi seperti biasa, hanya rasa sakit yang disekat.

“Dengan panjang sekitar 1.7 milimeter Spinaut mampu memasuki bahagian tulang belakang dan tepat ke bahagian yang diinginkan. Ia juga memberikan teknik yang mudah untuk mendiagnos­is secara visual penyebab sakit belakang di tulang belakang pesakit. Endoskop sehingga 17,000 piksel dalam tulang belakang mampu merawat masalah tulang belakang dengan ubat sesuai. Pendekatan sehingga ke ruang epidural meringanka­n masalah sakit tulang belakang pesakit, “katanya

Berbanding pembedahan, kaedah ini adalah lebih selamat namun ia perlu dilakukan pakar terlatih yang pernah melakukan rawatan membabitka­n gelombang radio. Kesakitan selepas rawatan juga dapat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia