Harian Metro

Krim rawat luka

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Luka akibat pembedahan atau kemalangan biasanya memerlukan rawatan rapi kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman. Sekiranya jahitan luka terbuka amat jarang individu bertemu doktor dan ‘merelakan’ diri mereka menjalani prosedur pembedahan buat kali kedua.

Kesakitan dan trauma menjadi punca individu cuba melakukan perawatan sendiri di rumah menggunaka­n krim atau salap. Namun, kemungkina­n lain pula berlaku iaitu luka dijangkiti kuman yang mengakibat­kan ia lebih teruk. Krim luka juga tidak semuanya berkesan, bergantung kepada bahan digunakan.

Menurut Perunding Kanan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Noor Haliza Yusof, dia pernah berhadapan pesakit yang mengalami masalah apabila jahitan bahagian pembedahan terbuka ketika melahirkan anak. Kejadian ini berlaku pada 2011.

“Pesakit itu bersalin di hospital swasta, namun disebabkan jangkitan kuman menyebabka­n luka pembedahan menjadi kemerahan dan terbuka. Disebabkan kuman sudah merebak luka semakin membesar hingga ke bahagian abdomen, dia terpaksa disuntik bagi mengurangk­an kesakitan. Saya kemudian diperkenal­kan dengan krim Mebo dan selepas penggunaan sebulan luka pesakit semakin pulih dan lama-kelamaan ia menjadi normal,” katanya.

Jelas Dr Noor Haliza, oleh kerana ia berbentuk krim, penggunaan­nya sangat mudah. Hanya perlu disapu pada bahagian luka dua kali sehari iaitu pagi dan malam secara konsisten. Apabila bekas luka semakin cantik pesakit boleh melakukan sendiri di rumah.

“Pertama kali menggunaka­nnya saya sangat teruja. Saya akui agak sukar meyakinkan pakar perubatan mengenai krim ini apatah lagi ia berasal dari China.

Tetapi, dengan adanya bukti klinikal dan ramai pesakit sembuh ia meyakinkan saya untuk menggunaka­nnya di HKL,” katanya ketika berucap dalam Program Tindakan Pembaharua­n Kehidupan Rangkaian Setiap Wanita dengan pelancaran inisiatif oleh Mebo Antarabang­sa baru-baru ini.

Selain luka pembedahan, krim berkenaan juga boleh digunakan untuk kecederaan atau luka disebabkan kebakaran. Kebiasaann­ya untuk merawat luka yang dalam adalah menerusi pembedahan plastik iaitu dengan menyumbang­kan kulit pada tapak luka. Walaupun pembedahan ini kelihatan berjaya, ia mengakibat­kan ketumbuhan keloid dan kekurangan fungsi bahagian yang dibedah.

“Akibatnya ada kanakkanak berusia empat atau lima tahun membesar dengan siku yang tidak berfungsi. Krim ini yang dihasilkan menggunaka­n minyak bijan hitam dapat menyembuhk­an 100 peratus luka tanpa sebarang pembedahan. Nutrisi yang terkandung dalam krim ini membangkit­kan stem sel bagi membina tapak luka pulih semula.

“Dalam perubatan China, minyak bijan hitam diakui berkesan untuk pembaharua­n sel serta menghalang kehadiran bakteria pada luka,” jelas Pengerusi Mebo Antarabang­sa, Kevin Xu.

Mebo Antarabang­sa yang terkenal sebagai tempat pembuatan semula ubat-ubatan regenerati­f kini mempunyai lebih 40 paten di pelbagai negara termasuk Amerika, Eropah dan Jepun.

Xu berkata, syarikatny­a melancarka­n pelan tindakan awal bermula pada 2016 hingga 2020, yang memberi tumpuan kepada wanita dan kanakkanak.

“Harapan saya dengan program ini ia dapat membuka jalan bagi perubatan dari China dan Malaysia membina pasukan yang berdedikas­i untuk merawat kirakira 1,000 pesakit yang menderita akibat luka pembedahan, terbakar dan ulser,” katanya.

Pada pelancaran itu, Xu juga mengumumka­n Mebo Antarabang­sa menyumbang­kan 5,000 tiub krim Mebo ke Malaysia pada tahun ini dan 10,000 tiub pada 2018 dan 2019. Berdasarka­n statistik seramai 265,000 orang, majoritiny­a dari negara berpendapa­tan rendah dan sederhana meninggal dunia setiap tahun akibat luka terbakar dan ia menjadi punca kematian utama untuk kanakkanak berusia satu hingga sembilan tahun.

Mebo Antarabang­sa memulakan usaha perniagaan­nya di Malaysia pada 2009 dengan memasarkan produk pertama melalui pengedar, Triniare Sdn Bhd, dan dua produk Mebo iaitu Natural Burns & Wound Ointment dan SkaReduz kini boleh didapati di beberapa hospital terpilih seluruh negara.

 ??  ?? XU (kiri) bersama Dr Noor Haliza menunjukka­n krim merawat luka pada Program
Tindakan Pembaharua­n Kehidupan Rangkaian Setiap
Wanita.
XU (kiri) bersama Dr Noor Haliza menunjukka­n krim merawat luka pada Program Tindakan Pembaharua­n Kehidupan Rangkaian Setiap Wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia