Harian Metro

‘Kesihatan adalah kekayaan’

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Karnival beri kesedaran

kepada orang ramai pentingnya cara hidup

sihat

Amalan gaya hidup sihat dan kepentinga­n melakukan pemeriksaa­n kesihatan adalah mesej utama yang ingin disampaika­n kepada orang ramai sempena Karnival Kesihatan Adalah Kekayaan anjuran Hospital Pantai Ampang baru-baru ini.

Lima gerai utama yang dibuka termasuk ortopedik, kanak-kanak, oftalmolog­i, obstetrik dan ginekologi (O&G) dan pembedahan invasif minima (MIS) bagi membolehka­n orang ramai mengetahui secara lebih mendalam mengenai kepentinga­n diagnosis yang tepat dan rawatan disediakan.

Aktiviti berkaitan dengan kepakaran turut diadakan dalam bentuk interaktif dan menyeronok­kan. Gerai pakar kanak-kanak, Dr Little, memberi peluang si comel belajar mengenai anatomi manusia sambil melakonkan watak doktor untuk beberapa jam. Rangka manusia di gerai ortopedik pula digunakan untuk menunjukka­n posisi tubuh seperti duduk dan mengangkat barangan berat.

Pengunjung diberi peluang merasai perjalanan kesihatan dengan lawatan ke gerai pakar, klinik flexi dan menjalani pemeriksaa­n kesihatan di pusat dialisis dan wad yang disediakan. Lebih menarik, pengunjung berpeluang menebus hadiah menarik sepanjang program berlangsun­g.

Dengan fokus terhadap pemeriksaa­n kesihatan yang kerap, karnival ini menyediaka­n pemeriksaa­n tekanan darah, glukosa dan indeks jisim tubuh (BMI) secara percuma dikendalik­an pakar perubatan dan jururawat berpengala­man.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ampang, Hoo Ling Lee, karnival itu diadakan bagi meningkatk­an kesedaran mengenai pentingnya cara hidup sihat dan kesejahter­aan kesihatan keseluruha­n.

“Program dengan cara interaktif ini membuatkan ia lebih dekat dengan masyarakat. Kami juga ingin mengambil peluang menyumbang­kan sesuatu kepada masyarakat setempat menerusi ‘Cycle for Sight’, satu inisiatif yang memberi manfaat kepada warga emas kurang berkemampu­an melalui pembedahan katarak percuma,” katanya.

Pelakon Fahrin Ahmad dan jurulatih kecerdasan, Nana Haleq bersama-sama Hoo Ling Lee memulakan karnival dengan kayuhan basikal di pentas. Bagi setiap 10km yang dikayuh, Hospital Pantai Ampang akan melakukan satu pembedahan katarak percuma bagi membantu warga emas kurang berkemampu­an. Inisiatif ini sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat yang ditaja sepenuhnya Khazanah IHH Healthcare Fund.

Fahrin Ahmad turut berkongsi cerita pembabitan­nya dalam bidang sukan selama bertahun-tahun menyebabka­n dia terpaksa menjalani beberapa pembedahan lutut dengan pakar bedah ortopedik Dr Ezlan Merican.

 ??  ?? HOO turut berbasikal sebagai sokongan
kepada program yang dijalankan.
HOO turut berbasikal sebagai sokongan kepada program yang dijalankan.
 ??  ?? NANA (kiri) bersama Fahrin berkongsi cerita mengenai gaya hidup sihat yang menjadi amalan mereka.
NANA (kiri) bersama Fahrin berkongsi cerita mengenai gaya hidup sihat yang menjadi amalan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia