Harian Metro

‘Terima kasih dua abang JPJ’

-

Putrajaya: “Terima kasih kepada mereka berdua. Walaupun itu bukan tugas mereka, tetapi atas dasar kemanusiaa­n, mereka tetap membantu,” kata Muhammad Saiful Jaffar, 36, menceritak­an kejadian dibantu dua anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) ketika berdepan detik cemas apabila anak bongsunya terkena demam panas dan sawan ketika di dalam kereta.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, 18 Ogos lalu, Muhammad Saiful dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Pelek, Sepang ke Hospital Serdang untuk membawa bayinya, Aryan berusia 14 bulan yang tidak sihat.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, Aryan yang dalam pangkuan isterinya, Nellie Ismail, 35, mengalami sawan menyebabka­n dia memandu melebihi had laju sambil menghidupk­an lampu kecemasan.

“Ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan KLIA 1, ada kenderaan JPJ di hadapan kami dan saya terus keluar dari kereta dan pergi kepada mereka.

“Saya memaklumka­n kepada anggota terbabit, saya minta maaf kerana mahu memandu laju disebabkan bayi kekejangan demam panas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Muhammad Saiful berkata, anggota JPJ terbabit memberitah­u mereka mahu mengiringi keretanya dan dia memandu mengekori kenderaan JPJ terbabit.

“Saya mengekori kenderaan JPJ sehingga ke Putrajaya berdekatan susur ke Hospital Serdang. Laluan itu bukan lebuh raya tetapi jalan lama yang banyak kenderaan digunakan pengguna lain.

“Alhamdulil­lah... dengan bantuan mereka, saya sampai ke hospital lebih cepat. Terima kasih kepada mereka berdua,”katanya.

Tindakan anggota JPJ terbabit mengiringi kereta Muhammad Saiful tular selepas dia memuat naik video serta gambar bayinya dalam laman sosial Facebook.

Bantuan diberikan Mohd Azizul Mohd Anuar, 33, serta Mohd Taufik Ramli, 31, iaitu pembantu penguat kuasa dari JPJ Selangor turut mendapat pujian netizen.

Dalam pada itu, Mohd Azizul ketika dihubungi berkata, dia terdetik membantu Muhammad Saiful kerana memahami situasi bapa yang berdepan dengan keadaan apabila anak ditimpa sakit memandangk­an dia juga mempunyai anak berusia dua tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia