Harian Metro

Buru lelaki kes belasah remaja

-

Kuala Lumpur: Pihak polis sedang memburu suspek dikenali sebagai Firdaues yang disyaki terbabit dalam kejadian membelasah seorang remaja di kafe siber di Setiawangs­a, di sini, awal pagi 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia 31 tahun itu bekerja sebagai tukang masak.

“Kejadian itu tular di laman sosial selepas empat lelaki ditahan dan didakwa di mahkamah pada 11 Ogos lalu.

“Bagaimanap­un, seorang lagi suspek masih diburu. Suspek dikenali sebagai Firdaues itu tinggal di alamat One Ampang Avenue, North Point 2/1, Jalan Ampang, Ampang, Selangor,” katanya.

Dalam kejadian 5 Ogos lalu, seorang pelajar kolej swasta cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah pusat siber di Setiawangs­a, selepas seorang daripada lelaki itu berang apabila perbuatann­ya mengganggu teman wanita mangsa ditegur.

Dalam kejadian jam 2 pagi, Raja Hazwan Azri Raja Zaen, 21, cedera di jari kiri, lebam di badan dan menerima tujuh jahitan di kepala akibat dibelasah lima lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Video kejadian berkenaan tular di laman sosial dan dalam rakaman kejadian juga menunjukka­n salah seorang lelaki yang memukul mangsa memiliki pistol.

Mohamad Roy berkata, lelaki yang diburu berkenaan adalah individu yang memiliki senjata api dan dipercayai ia adalah palsu.

“Suspek diburu untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh berhubung dengan mana-mana balai untuk menyalurka­n maklumat,” katanya.

 ??  ??
 ?? Mohamad Roy Suhaimi Sarif ?? FIRDAUES
Lelaki yang diburu berkenaan adalah individu yang memiliki senjata api dan dipercayai ia adalah palsu”
Mohamad Roy Suhaimi Sarif FIRDAUES Lelaki yang diburu berkenaan adalah individu yang memiliki senjata api dan dipercayai ia adalah palsu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia