Harian Metro

Hairan sikap Hafiz

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Bekas suami beri kerjasama penuh sebelum Joy Revfa bernikah

“Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Hafiz seperti sedang menyembuny­ikan sesuatu.” Itu reaksi bekas suami Siti Arifah Amin atau Joy Revfa iaitu Datuk Mohd Rayos Abdul Rahim, 46, mengenai isu status pernikahan Joy dengan penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun.

Mohd Rayos atau dikenali sebagai Ray Imran berkata, sebagai ketua keluarga Hafiz sepatutnya bertindak segera menyelesai­kan permasalah­an itu sebelum ia melarat.

“Saya kesal apabila perkara ini berlaku. Saya beri kerjasama penuh sebelum mereka bernikah.

“Keluarga Joy datang berjumpa saya dan meminta mengisi borang pengesahan cerai, malah Hafiz sendiri merangka dokumen itu.

“Apabila Hafiz memanjangk­an isu ini, saya terkejut. Sepatutnya ia boleh diselesaik­an dengan cara yang lebih baik dan lebih pantas. Bila jadi begini, nama saya turut terpalit,” katanya.

Ray berkata, dia dan Joy bercerai pada 13 Januari 2015 dan mengaku tidak mendaftark­an perceraian itu di Malaysia.

Mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 10 Januari 2013.

Ray berkata, dia memang mengetahui ketika Joy dan Hafiz bernikah, tiada sijil perakuan cerai disertakan.

Pada masa sama, Ray terkilan dengan tindakan Hafiz yang meninggalk­an Joy selepas tidak sampai sebulan bernikah.

“Sepatutnya Hafiz kena faham perasaan wanita. Biasanya apabila diabaikan, wanita memang cepat terasa hati dan tidak mustahil akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

“Jadi, sebagai suami dia perlu jalankan tanggungja­wab menyelesai­kan perkara ini, bukan bertindak melarikan diri. Saya tak menangkan Joy, tetapi Hafiz seolah-olah menyembuny­ikan sesuatu,” katanya.

Ray berkata, dalam isu ini tidak perlu timbul siapa yang mulakan dahulu atau siapa yang salah. “Bagi saya mereka perlu buang ego masing-masing dan ambil jalan tengah. Tidak ada istilah siapa menang atau kalah.

“Mereka berdua harus fikir kesan tindakan mereka terhadap orang lain kerana perkara ini membabitka­n maruah. Masalah ini sudah terlalu jauh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia