Harian Metro

Ulangan cerita lama

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor am@hmetro.com.my

Ibu bapa dan masyarakat tidak perlu gusar berhubung berita tular penjualan mengandung­i ganja berikutan ia dinafikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Difahamkan maklumat berhubung menjadi tular apabila dia didakwa mudah diperoleh selain semakin popular dalam kalangan pelajar sekolah.

Malah bentuknya menyerupai pen menyebabka­n pihak sekolah sukar untuk mengesan produk berkenaan.

Orang ramai mendakwa produk berkenaan dijual secara terbuka di laman sosial pada harga RM15 dan RM20 sebatang.

Penjualan itu mula menggusark­an warga pendidik dan ibu bapa berikutan ia didakwa boleh menyebabka­n kesan ketagihan dalam kalangan pelajar sekolah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJN Datuk Kang Chez Chiang berkata, isu

itu sudah diselesaik­an pada 2015 namun ia ditular semula oleh individu tidak bertanggun­gjawab sejak beberapa hari lalu.

“JSJN juga sudah melakukan ujian kimia terhadap

berkenaan namun tidak menemui sebarang kandungan dadah atau ganja

 ‘Shisha stick’ terbukti tidak mengandung­i dadah seperti didakwa

seperti didakwa.

“Ia adalah isu lama dan ditular semula mungkin bertujuan supaya ibu bapa berwaspada terhadap aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Kang berkata, berdasarka­n risikan pihaknya di seluruh negara mendapati produk berkenaan tidak lagi dijual secara bebas.

“Bagaimanap­un polis sentiasa melakukan pemantauan terhadap penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar sekolah dan orang ramai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KANG
KANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia