Harian Metro

74 ketulan ganja mampat dirampas

-

Alor Setar: Seorang lelaki berusia 30 tahun dicekup polis dalam sekatan jalan raya di Bukit Kayu Hitam kerana menyeludup 74 ketulan ganja mampat ke negara ini dari Thailand, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 10.15 malam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang menerima maklumat kegiatan suspek.

Katanya, selepas mengesan kereta Honda Accord dipandu suspek melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam, polis kemudianny­a melakukan penahanan di sekatan jalan raya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Bukit Kayu Hitam.

“Suspek bersama kereta dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n menemui 74 ketulan mampat ganja seberat 75.5 kilogram dan bernilai RM150,000 di dalam but kereta,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, di sini semalam.

Asri berkata, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Sungai Petani itu dipercayai sudah dua kali memasuki negara jiran untuk membawa bekalan dadah ke negara ini.

“Begitupun, kita percaya dia sudah banyak kali melakukan perkara itu. Malah, suspek juga dibayar upah RM1,000 oleh sindiket untuk menyeludup masuk bekalan dadah berkenaan.

“Semua dadah ini adalah untuk pasaran di Pulau Pinang dan kita sedang melakukan siasatan lanjut mengenai rangkaian sindiket berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman sehingga 28 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? ASRI (depan dua dari kanan) menunjukka­n ketulan ganja mampat yang dirampas di Bukit Kayu Hitam.
ASRI (depan dua dari kanan) menunjukka­n ketulan ganja mampat yang dirampas di Bukit Kayu Hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia