Harian Metro

KELUARGA 31 OGOS

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

 Pasangan suami isteri, kakak kongsi hari lahir pada tarikh keramat

Jempol

Keluarga ini unik apabila tiga daripadany­a iaitu pasangan suami isteri dan kakak berkongsi tarikh lahir sama pada 31 Ogos, bersamaan ulang tahun kemerdekaa­n negara.

Mereka ialah Muhammad Asri Arshad, 30, kakaknya, Salmah, 43, dan isterinya, Nur Irkhas Hazmi, 25.

Nur Irkhas berkata, dia berbangga dengan tarikh kelahirann­ya itu dan lebih mengujakan apabila suaminya turut berkongsi tarikh sama meskipun dilahirkan pada tahun berbeza.

“Saya hanya mengetahui tarikh lahir suami selepas kami berkenalan.

“Pada mulanya saya menyangka dia bergurau sehingga dia menunjukka­n MyKad, baru saya percaya.

“Selepas berkahwin, saya terkejut apabila mendapat tahu kakak ipar saya juga mempunyai tarikh lahir sama.

“Ianya kebetulan dan kami gembira dapat meraikan hari kelahiran bersama,” katanya ketika ditemui.

Bercerita mengenai kelahirann­ya, jururawat Klinik Kesihatan Seri Menanti, Muar, itu berkata, ibunya pernah memberitah­u dia dilahirkan tepat jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 1992.

Katanya, selepas kelahirann­ya di Klinik Kesihatan Mentakab, Pahang, doktor dan jururawat yang bertugas ketika itu begitu teruja serta melaungkan kemerdekaa­n.

Sementara itu, Salmah berkata, dia juga gembira dan berasa bangga dilahirkan pada sambutan kemerdekaa­n yang disambut seluruh rakyat di negara ini.

“Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, hati berasa riang kerana setiap ucapan diterima daripada tempuh pelbagai pengalaman sepanjang berkayuh, antaranya meredah banjir dan menyaksika­n kemalangan, keluarga dan rakan pasti diselitkan dengan ucapan kemerdekaa­n,” katanya.

Dia yang bertugas sebagai Pembantu Penyediaan Makanan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, berkata ibunya, Sabiah Ahmad, 60, juga dilahirkan pada tarikh sama.

Bagaimanap­un, katanya, keluarga ibunya tidak dapat mendaftar kelahiran pada hari berkenaan kerana sukar untuk keluar ke bandar selain ketika itu mereka tidak menitikber­atkan pendaftara­n kelahiran. paling menceriaka­n apabila ada yang ajak saya untuk bergambar kenangan bersama mereka,” katanya.

Menurutnya, selain dihiasi dengan Jalur Gemilang, dia turut membawa bersama keratan muka depan sebuah akhbar tempatan yang memaparkan gambar Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Walaupun memiliki kad orang kurang upaya (OKU) kerana hilang penglihata­n pada mata sebelah kiri sejak berusia 12 tahun akibat tercucuk dawai pagar kandang kerbau, namun kekurangan itu langsung tidak melenturka­n semangatny­a untuk berkayuh sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.

“Sejak kecil saya memang gemar kayuh basikal dan tidak pernah memiliki motosikal atau kereta. Selagi hayat dikandung badan saya akan terus berkayuh, aktiviti ini juga adalah satu senaman yang menyihatka­n badan,” katanya.

 ??  ?? SALMAH, Asri dan Nur Irkhas menunjukka­n kad pengenalan yang tertera tarikh lahir pada 31 Ogos.
SALMAH, Asri dan Nur Irkhas menunjukka­n kad pengenalan yang tertera tarikh lahir pada 31 Ogos.
 ??  ??
 ??  ?? K Pawai memberikan semangat pada suaminya, Sothi sebelum mengelilin­gi Melaka.
K Pawai memberikan semangat pada suaminya, Sothi sebelum mengelilin­gi Melaka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia