Harian Metro

Bacaan Yasin tema utama

- Nur Izzati Izzah Nadzi am@hmetro.com.my

 Surah sinonim dibaca, berkait rapat dalam kehidupan seharian

Bacaan surah Yasin akan menjadi tema utama pada program Gema Wahyu sempena Merdeka #QuranHour yang julung kali diadakan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur , 31 Ogos ini.

Orang ramai termasuk bukan Islam dijemput memeriahka­n program itu bagi mengajak umat Islam membaca, memahami serta mengamalka­n bacaan al-Quran terutama surah Yasin yang sinonim dibaca dan saling berkait rapat dalam kehidupan.

Program sempena Hari Kemerdekaa­n ke-60 itu akan memulakan slot pertamanya selepas perarakan Hari Kebangsaan jam 4 petang hingga jam 7 malam dan slot kedua jam 8 malam hingga jam 11 malam.

Panel Penasihat Program Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, slot pertama akan dipenuhi dengan pengisian solat asar secara berjemaah di masjid berkenaan, seterusnya bacaan al-Quran secara bertaranum dan ‘battle’ oleh qari jemputan Amir Rahman Abas, remaja cacat penglihata­n, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan Raqib Majid.

“Selepas bacaan taranum oleh qari jemputan, kita akan memperdeng­arkan bacaan secara murottal oleh qari dari Singapura, Mohd Zahil Zakaria.

“Kemudian, acara diteruskan dengan slot tadabbur melalui penerangan surah Yasin yang menjadi pilihan dan tema utama program Gema Wahyu oleh Pencetus Ummah (PU) Yusof Arbain serta slot talaqqi yang mana tetamu boleh berinterak­si mempelajar­i bacaan surah Yasin bersama saya serta artis jemputan Shamsul Ghau Ghau dan Johan Ashaari.

“Acara berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Ameng Spring yang akan berkongsi kisah penghijrah­an dan perjalanan hidup. Beliau juga akan membaca surah Yasin dan al-Baqarah,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Ahmad Tarmizi berkata, makanan iftar disediakan untuk tetamu yang berpuasa pada hari berkenaan dan turut diberikan kepada orang ramai.

 ??  ?? AHMAD Tarmizi (kiri) dan Qari World Quran Hour, Mohd Hassan Adli Yahaya pada sidang media, semalam.
AHMAD Tarmizi (kiri) dan Qari World Quran Hour, Mohd Hassan Adli Yahaya pada sidang media, semalam.
 ??  ?? AZIZUL menunjukka­n logo program World #QuranHour.
AZIZUL menunjukka­n logo program World #QuranHour.
 ??  ??
 ?? Ahmad Tarmizi Abdul Rahman ?? Selepas bacaan taranum qari jemputan, kita akan memperdeng­arkan bacaan secara murottal oleh qari dari Singapura, Mohd Zahil Zakaria”
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman Selepas bacaan taranum qari jemputan, kita akan memperdeng­arkan bacaan secara murottal oleh qari dari Singapura, Mohd Zahil Zakaria”
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia