Harian Metro

Misi kibar Jalur Gemilang

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 9 pendaki bakal tawan Kem Induk Gunung K2, puncak Gondorogo-La, Pakistan

Sembilan peserta XPDC Merdeka Day bakal menghadapi cabaran getir termasuk berdepan risiko mendapat penyakit akut gunung (AMS) dalam usaha mengibarka­n Jalur Gemilang di Kem Induk Gunung K2 dan puncak Gondorogo-La, Pakistan pada malam kemerdekaa­an.

Ekspedisi anjuran Malaysia Backpakers (MBP) itu bermula semalam dan mengambil masa 17 hari untuk ke Kem Induk Gunung K2 yang terkenal sebagai gunung pembunuh di dunia dan puncak Gondorogo-La, masing-masing dengan ketinggian 5,650 meter dan 5,585 meter dari paras laut.

XPDC Merdeka Day yang diketuai Nor Afende Aminudin itu turut disertai wartawan Harian Metro Hafiz Ithnin,

bersama tujuh peserta lain iaitu Zuraila Abd Jalal, Mohd Izzat Mohd Zin, Muhammad Azham Ab Hamid, Maznah Baba, Khairul Nizam Minhat, Muhammad Eddy Muhamadin dan Muhammad Hakim Daud.

Hafiz berkata, aktiviti pendakian kali ini adalah satu cabaran besar bagi semua peserta kerana K2 adalah antara gunung berbahaya dan dianggap paling teknikal untuk diterokai.

“Pendakian melebihi 3,500 meter seperti dua lokasi ini adalah berisiko untuk mendapat AMS berikutan keadaan tinggi dan udara yang tipis di kawasan pendakian.

“Selain itu, kami juga perlu mendaki antara lapan hingga 10 jam sehari namun semua peserta sudah mempunyai pengalaman mendaki lebih 5,000 meter, selain menjalani latihan intensif selama enam bulan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan dan Penyerahan Bendera XPDC Merdeka Day di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Majlis itu turut disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pada majlis itu, Mas Ermieyati turut menyampaik­an cenderamat­a kepada Harian Metro selaku media rasmi yang diwakili Pengarang Bersekutu (Rencana) Harian Metro Husain Jahit.

Hafiz berkata, ekspedisi itu juga akan melaksanak­an aktiviti tanggungja­wab sosial dengan memberi sumbangan peralatan sekolah kepada murid di kawasan pergununga­n berkenaan sebaik sahaja menamatkan aktiviti pendakian.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, ekspedisi sehingga 17 September itu mencermink­an semangat rakyat Malaysia yang berani untuk mendaki kawasan pergununga­n yang terkenal dengan kesukarann­ya.

“Ekspedisi ini bukan satu pendakian yang mudah kerana ia memerlukan semangat yang kuat.

“Malah, aktiviti tanggungja­wab sosial yang akan dilakukan ini adalah usaha positif kerana ia dapat mengeratka­n hubungan diplomatik antara Malaysia dan Pakistan,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­n berbangga dengan komitmen dan usaha yang dilakukan semua anak muda ini untuk membawa nama negara ke persada antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ?? MAS Ermieyati (lima dari kanan) bersama pendaki XPDC Merdeka Day pada Majlis Pelepasan dan Penyerahan Bendera XPDC Merdeka Day di KLIA, semalam.
MAS Ermieyati (lima dari kanan) bersama pendaki XPDC Merdeka Day pada Majlis Pelepasan dan Penyerahan Bendera XPDC Merdeka Day di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia