Harian Metro

SPRM serbu

- Rafidah Mat Ruzki, Siraj Zaini dan Suzaini Sulaiman am@hmetro.com.my

 Siasat pemberian kontrak RM16 juta kepada syarikat ditamatkan kontrak

Sekurang-kurangnya lapan kotak dibawa keluar dari beberapa lokasi serbuan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Pada operasi itu, SPRM melakukan serbuan di kampus Universiti Selangor (UNISEL) di daerah ini dan Bestari Jaya, pejabat Pemerbadan­an Menteri Besar (MBI) di Seksyen 14, dekat sini, serta syarikat konsesi Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) di Desa Pandan.

Serbuan di lokasi berkenaan bagi mendapatka­n maklumat dan dokumen berhubung pembayaran RM16 juta oleh MBI kepada JNSB yang menjalanka­n kerja penyelengg­araan kediaman penuntut di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya.

Sumber berkata, menerusi maklumat awal yang diperoleh, MBI membayar wang berkenaan kepada JNSB sedangkan syarikat itu sudah ditamatkan kontrak oleh UNISEL.

“MBI membuat bayaran kepada JNSB menerusi dua transaksi iaitu RM10 juta pada 2015 dan RM6 juta pada 2016.

“Siasatan SPRM menjurus kepada punca pembayaran itu oleh MBI sedangkan JNSB gagal melaksanak­an kontrak yang diberikan mengikut kontrak perjanjian pelaksanaa­n kerja di UNISEL sekitar 2012,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahka­n penggeleda­han berkenaan.

Beliau berkata, pasukan siasatan merampas sejumlah dokumen dari lokasi terbabit.

“Pasukan penyiasat pergi ke lokasi berkenaan mendapatka­n dokumen berkaitan selepas SPRM menerima maklumat berhubung laporan.

“Semua dokumen ini akan dianalisis untuk membantu siasatan. Siasatan masih di peringkat awal dan kita mengumpul bukti serta maklumat kukuh sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Pada operasi semalam, lima pegawai penyiasat SPRM memasuki pejabat MBI di Bangunan Darul Ehsan, manakala enam lagi pegawai SPRM hadir ke kampus UNISEL, jam 10.30 pagi.

Difahamkan, Presiden dan Naib Canselor UNISEL Prof Datuk Dr Mohammad Red-

zuan Othman turut memberi keterangan dua jam setengah kepada pegawai penyiasat SPRM.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI Raja Shahreen Raja Othman dilaporkan menunaikan ibadat haji, manakala Ketua Pegawai Operasi MBI Soffan Afendi Aminuddin juga tiada di pejabatnya kerana mengikuti lawatan Menteri Besar Selangor ke Eropah selama seminggu.

Pegawai penyiasat SPRM dilihat keluar dari kampus UNISEL jam 4.30 petang, diikuti di pejabat MBI sejam kemudian dengan membawa beberapa kotak berisi dokumen.

Di kampus induk UNISEL Bestari Jaya, pegawai SPRM dilihat keluar dengan membawa tiga kotak, jam 4.45 petang.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Penyiasat SPRM hadir melakukan siasatan, semalam.
PASUKAN Penyiasat SPRM hadir melakukan siasatan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia