Harian Metro

Sasar 300,000 pengunjung ke Taiwan

-

Kuala Lumpur: Taiwan menyasarka­n 300,000 pengunjung dari Malaysia ke negara itu menjelang akhir tahun ini dalam rangka promosinya pada pameran pelanconga­n tahunan Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) yang bakal berlangsun­g tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bermula 8 September depan.

Pengarah Biro Pelanconga­n Taiwan Pejabat Kuala Lumpur Tony Wu berkata, keyakinan itu berdasarka­n peningkata­n sehingga hampir 20 peratus jumlah pelancong dari Malaysia ke negara yang terkenal dengan jolokan Hati Benua Asia ini sejak Januari hingga Jun lalu.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, 256,703 pelawat dari negara ini mengunjung­i Taiwan menyaksika­n peningkata­n 19.2 peratus berbanding 215,354 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kami yakin sasaran 300,000 ini dapat dicapai berdasarka­n kerjasama erat melalui promosi yang giat dilakukan bersama kerajaan Malaysia terutama penekanan dalam memberi kemudahan kepada pelancong Islam.

“Pada pameran MATTA nanti, kami menyediaka­n 20 gerai yang menyediaka­n maklumat perjalanan terkini, promosi makanan ringan Taiwan yang terkenal dan produk istimewa dan membuat persembaha­n khas pengunjung,” katanya pada sidang media di Wisma MATA di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi MATTA Kuala Lumpur Rocky Kho dan Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng.

Sementara itu, Phua berkata, keseluruha­nnya 1,311 peserta pameran mengambil bahagian membabitka­n 156 agensi pelanconga­n dalam dan luar negara.

 ??  ?? TONY (tengah) pada sidang media di Wisma MATTA.
TONY (tengah) pada sidang media di Wisma MATTA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia