Harian Metro

Teliti semula pakai baju lokap

-

Kuala Lumpur: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mencadangk­an pemakaian baju lokap kepada tahanan yang disiasat SPRM diteliti semula supaya pelaksanaa­nnya lebih adil dan menghormat­i kebebasan individu.

Ahli LPPR Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, setiap tindakan yang dilakukan berdasarka­n Perlembaga­an bagi menjamin kebebasan setiap individu supaya reputasi pihak terbabit tidak terjejas disebabkan pemakaian baju berkenaan.

“Pemakaian baju lokap termaktub dalam Peraturan Lokap dan individu terbabit perlu mengikutin­ya. Apabila dalam proses permohonan reman, individu itu dibenarkan berpakaian biasa kerana belum didapati bersalah.

“Penguat kuasa SPRM juga boleh memilih untuk menggari individu atau sebaliknya, begitu juga pemakaian baju lokap dengan alasan munasabah,” katanya di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini, semalam.

Menurutnya, cadangan itu berikutan terdapat beberapa polemik berhubung pemakaian baju lokap terhadap bekas pengerusi FELDA Global Ventures Holding Berhad(FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta anggota Exco kerajaan Pulau Pinang Phee Boon Poh yang ditahan SPRM, baru-baru ini.

“Hal ini terkandung di dalam Artikel 5 Perlembaga­an di mana seseorang itu mempunyai hak kebebasan asasi selagi tidak melanggar undang-undang.

“Tindakan pemakaian baju lokap jingga atau gari boleh dilaksanak­an apabila tahanan tidak mengikut arahan atau berlaku keganasan hingga menjejaska­n proses siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa menjalanka­n tugas mereka dengan wajar, namun, tahanan juga harus dilayan dengan layanan yang baik dan rapi.

“Seseorang itu tidak diputus bersalah sehingga didapati bersalah. Oleh itu, tindakan semasa membawa tahanan berjumpa majistret untuk lanjutan tahanan reman, perlu ikut budi bicara yang sebaiknya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia