Harian Metro

500 anggota, veteran ATM terima subsidi penuh

-

Kelana Jaya: Seramai 1,100 jemaah haji dalam kalangan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berangkat ke Tanah Suci secara berperingk­at dalam tiga penerbanga­n tambahan khas bermula semalam disusuli pada 27 dan 28 Ogos ini.

Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, daripada jumlah itu, TH memberi subsidi penuh kepada 500 anggota dan veteran ATM yang menerima kuota haji kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini tanpa sebarang kos tambahan lain.

“Kuota khas ini diberikan atas dasar hubungan baik kerajaan Malaysia bersama kerajaan Arab Saudi menerusi rekod pengurusan haji cemerlang yang ditunjukka­n TH.

“Oleh itu, jemaah haji diingatkan lagi supaya menjaga nama baik negara dengan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan TH sepanjang mengerjaka­n ibadat haji demi memelihara hubungan baik antara kedua-dua negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan dan mengucapka­n selamat jalan kepada jemaah haji ATM ke Tanah Suci, di Kompleks Ta- bung Haji, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan merang- kap Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Ketua Pengarah Kor Agama ATM Mejar Jeneral Datuk Kamaruddin Mamat dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Mejar Jeneral Datuk Mohd Khir Abdullah.

Abdul Azeez berkata, jemaah haji juga diminta supaya mempersiap­kan diri bagi menghadapi keadaan cuaca panas yang tidak menentu sepanjang mengerjaka­n haji bagi mengelak kesan dehidrasi teruk.

“Bukan itu saja, mereka juga diingatkan supaya menjaga dokumen pengenalan diri dan gelang tangan dengan rapi bagi menyenangk­an pihak TH memberi bantuan kepada jemaah haji jika berlaku kecemasan atau situasi buruk,” katanya.

 ??  ?? ANTARA jemaah pada majlis pelepasan dan mengucapka­n selamat jalan kepada jemaah haji ATM ke Tanah Suci, di Kompleks Tabung Haji, semalam.
ANTARA jemaah pada majlis pelepasan dan mengucapka­n selamat jalan kepada jemaah haji ATM ke Tanah Suci, di Kompleks Tabung Haji, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia