Harian Metro

‘Anugerah terindah’

-

 1,100 jemaah haji terpilih melalui kuota penerbanga­n tambahan khas ATM

tetamu Allah menerusi subsidi penuh kuota haji kepada veteran dan anggota ATM di bawah kerajaan Arab Saudi.

“Sebaik menerima panggilan haji menerusi kuota haji yang ditawarkan itu, saya bersama isteri terus melakukan sujud syukur kerana impian untuk menunaikan haji akhirnya tercapai.

“Ia juga adalah satu anugerah terindah buat kami di mana ini adalah kali pertama saya menunaikan haji bersama isteri, Norhayati Yusuff, 59, menggunaka­n kuota haji ATM yang ditawarkan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, semalam.

Sementara itu, Norhayati berkata, dia gembira dan bersyukur apabila suaminya mendapat tawaran pergi menunaikan haji menggunaka­n kuota yang disediakan khas untuk veteran ATM.

“Saya bersyukur kerana suami terpilih menerusi kuota tambahan khas yang diberi kepada anggota veteran ATM untuk musim haji pada tahun ini.

“Walaupun keadaan suami sedikit terbatas kerana dia baru saja menjalani pembedahan kaki akibat terkena jangkitan kuman, saya merasakan panggilan haji yang diterima adalah satu anugerah buat kami,” katanya.

Dia yang menetap di Kota Bharu, Kelantan, berkata, walaupun suaminya menghadapi sedikit kesukaran untuk berjalan, ia tidak mematahkan semangatny­a untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

“Saya juga sudah membuat persiapan rapi dengan membawa bekalan ubat-ubatan suami, di samping menggunaka­n perkhidmat­an kerusi roda yang disediakan pihak TH,” katanya.

 ?? Hashim Taib ?? Sebaik menerima panggilan haji menerusi kuota haji yang ditawarkan itu, saya bersama isteri terus melakukan sujud syukur”
Hashim Taib Sebaik menerima panggilan haji menerusi kuota haji yang ditawarkan itu, saya bersama isteri terus melakukan sujud syukur”
 ?? Norhayati Yusuff ?? Saya merasakan panggilan haji yang diterima adalah satu anugerah buat kami”
Norhayati Yusuff Saya merasakan panggilan haji yang diterima adalah satu anugerah buat kami”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia