Harian Metro

‘Impian tertunai’

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Kelana Jaya: “Bersyukur kepada Allah kerana impian untuk menunaikan haji sejak dulu akhirnya tertunai apabila terpilih menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci pada tahun ini walaupun terpaksa menggunaka­n kerusi roda,” kata Sabariah Munir, 71.

Sabariah yang menetap di Bentong, Pahang, berkata, dia mengalami kesukaran untuk berjalan disebabkan sakit yang dialami di pangkal paha sejak dua tahun lalu.

“Sejak itu, saya sukar berjalan dan perlu menggunaka­n tongkat dan kerusi roda untuk bergerak.

“Apabila mendapat panggilan haji pada Julai lalu, doktor menyaranka­n saya supaya membawa pengiring berikutan masalah yang dihadapi ini,” katanya.

Suri rumah itu berkata, sepanjang mengerjaka­n haji, dia akan ditemani anak sulungnya, Hasnul Hadi Ramli, 52, bersama menantu, Rozita Aini Baharin, 51.

“Apabila anak dan menantu turut sama pergi menunaikan haji sebagai pengiring, saya berasa lega kerana ada orang yang akan menemani saya sepanjang berada di Tanah Suci nanti.

“Kalau diikutkan saya akan pergi haji bersama arwah suami tetapi saya perlu reda kerana suami telah pergi meninggalk­an saya terlebih dulu akibat sakit tua,” katanya.

“Impian menunaikan haji bersama isteri pada tahun ini seakan-akan mimpi buat saya kerana tidak pernah terlintas di fikiran akan dipilih menerusi kuota khas haji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada musim haji kali ini,” kata pesara tentera ATM Hashim Taib, 61.

Dia antara 1,100 jemaah haji terpilih yang menerima kuota penerbanga­n tambahan khas ATM oleh kerajaan Arab Saudi yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci, pada jam 1.55 tengah hari semalam.

Hashim berkata, pada mulanya dia tidak menyangka akan dipilih menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia