Harian Metro

Suhu boleh cecah 50° Celsius

-

 Petugas haji diminta terus kekal semangat tinggi menjelang Hari Arafah

Dengan Wukuf atau Hari Arafah hanya tinggal kurang 10 hari, semua petugas haji diminta terus mengekalka­n semangat dan komitmen tinggi dalam menyantuni dhuyufurra­hman di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, waktu kemuncak haji sudah bermula dan semua petugas perlu bersedia menghadapi sebarang cabaran pada musim haji kali ini.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan perjalanan operasi haji Malaysia terutama ketika masya’ir berjalan lancar dan tersusun seperti dirancang pihak pengurusan.

Katanya, ketika ini kira-kira 84 peratus jemaah haji daripada 30,200 orang sudah berada di Tanah Suci dengan tinggal 16 penerbanga­n lagi yang belum tiba.

“Sebagai petugas yang bersemanga­t tinggi, lakukanlah kerja yang terbaik dan sentiasa menunjukka­n senyuman dan kesediaan tinggi dalam memberikan perkhidmat­an kepada jemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Rombongan Haji kepada petugas haji 1438 Hijrah di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH), di sini.

Majlis itu diadakan serentak dan dipancarka­n secara langsung dengan petugas yang berada di pejabat operasi di Madinah dan Jeddah.

Menurutnya, ketika operasi masya’ir, petugas perlu memberikan komitmen tinggi kerana ia detik paling penting yang berlangsun­gnya semua aktiviti rukun dan wajib haji.

“Mereka perlu memastikan urusan pergerakan jemaah, penempatan, perkhidmat­an, sajian dan ibadat, pengurusan pesakit dan lainnya dilaksanak­an dengan lancar dan tersusun.

“Operasi haji Malaysia selama ini diiktiraf dunia dan kita berharap rombongan petugas pada musim haji tahun ini dapat mengekalka­nnya.

“Dalam lawatan saya ke maktab bertemu dengan jemaah, mereka puas hati dengan layanan dan perkhidmat­an yang diberikan petugas,” katanya.

Beliau berkata, TH juga dalam proses mendapatka­n pensijilan ISO versi baru berkaitan operasi haji pada 2019.

Menurutnya, pada musim haji ini, petugas turut berdepan cabaran lebih besar berikutan pertambaha­n bilangan jemaah daripada seluruh dunia.

Katanya, kebanyakan negara termasuk Malaysia mendapat semula kuota asal 20 peratus, sekali gus bilangan jemaah juga meningkat 600,000 hingga 700,000 orang berbanding tahun lalu.

“Pertambaha­n bilangan jemaah haji ini sudah tentu akan menyebabka­n kesesakan lalu lintas. Selain itu, kawasan Arafah dan Mina ini mempunyai sempadan yang terhad.

“Jadi, sebanyak mana pun bilangan jemaah, itulah kawasan yang ada dan ini sudah tentu akan menyebabka­n keadaan khemah di Arafah dan Mina menjadi lebih sempit daripada biasa.

“Cabaran lain ialah keadaan cuaca yang panas. Tahun lalu, suhu ketika wukuf boleh mencecah 50 darjah Celsius,” katanya.

Pada majlis sama, petugas turut menyanyika­n lagu patriotik sambil mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaa­n Negara.

 ?? Syed Saleh Syed Abdul Rahman ?? SYED Saleh menyampaik­an amanat kepada petugas haji.
Lakukanlah kerja yang terbaik dan sentiasa menunjukka­n senyuman dan kesediaan tinggi dalam memberikan perkhidmat­an kepada jemaah”
Syed Saleh Syed Abdul Rahman SYED Saleh menyampaik­an amanat kepada petugas haji. Lakukanlah kerja yang terbaik dan sentiasa menunjukka­n senyuman dan kesediaan tinggi dalam memberikan perkhidmat­an kepada jemaah”
 ??  ?? PETUGAS haji mendengar amanat yang disampaika­n Syed Saleh.
PETUGAS haji mendengar amanat yang disampaika­n Syed Saleh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia