Harian Metro

100 datang peras wang

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Polis tahan dua lelaki minta wang perlindung­an daripada tauke pusat hiburan

Polis menahan dua individu termasuk seorang bekas anggota polis dipercayai menjadi dalang kegiatan meminta wang perlindung­an dari pusat hiburan sekitar Sentul dan Gombak pada 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada penjaga premis pusat hiburan keluarga di Jalan Kuching, di sini.

“Penjaga premis yang berusia 30-an memaklumka­n pusat hiburan miliknya diserbu sekumpulan 100 lelaki yang memeras ugut untuk meminta wang perlindung­an.

“Seorang daripada mereka mengugut mangsa supaya menyerahka­n wang tunai RM500 secara bulanan sebagai perlindung­an. Namun, mangsa tidak mahu memberikan kerjasama,” katanya.

Munusamy berkata, berang dengan tindakan itu, kumpulan terbabit memecahkan beberapa barangan di premis berkenaan termasuk mengambil wang di kaunter dan memotong wayar di kotak fius utama.

“Kumpulan terbabit mendakwa pusat hiburan itu menjalanka­n perniagaan judi dalam talian dan menjadikan ia sebagai alasan utama untuk membuat serbuan.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n pihak polis terhadap premis terbabit mendapati pusat hiburan berkenaan tidak menjalanka­n kegiatan judi dalam talian seperti didakwa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih memburu lapan individu yang terbabit dalam insiden itu bagi membantu siasatan.

“Kami sudah mengenal pasti lapan individu dipercayai terbabit dengan kejadian itu berdasarka­n hasil soal siasat terhadap dua suspek yang ditahan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. Shah Alam: Seorang lelaki warga Myanmar dimasukkan ke Hospital Shah Alam manakala seorang lagi dirawat sebagai pesakit luar selepas kedua-duanya dibelasah beberapa lelaki dalam kejadian berhampira­n Stadium Shah Alam, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian jam 11.50 malam itu berlaku selepas tamat perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Myanmar di stadium berkenaan sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa yang berusia 29 tahun dan 34 tahun cedera pada muka serta badan.

“Kedua-duanya adalah kumpulan kecil yang terkeluar daripada kumpulan utama penyokong bola sepak Myanmar.

“Kejadian berlaku di tapak parkir di Bazarena berhampira­n stadium. Kami masih mengesan suspek,” katanya, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatka­n rawatan.
MANGSA dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatka­n rawatan.
 ??  ??
 ??  ?? MUNUSAMY
MUNUSAMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia