Harian Metro

Semakin lesu

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my Kuala Lumpur

 Minat rakyat Malaysia sertai militan kian hambar selepas kematian Muhamad Wanndy Memang agak perlahan selepas kejatuhan Mosul, kubu kuat Daish di Iraq dan banyak lagi pemimpin kanan Daish termasuk Muhamad Wanndy terbunuh dalam serangan pada Julai lalu”

Ayob Khan

Minat rakyat Malaysia menyertai kumpulan militan dilihat semakin ‘lesu’ selepas kematian Ketua Militan Malaysia berpangkal­an di Syria Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, Julai lalu.

Bagaimanap­un, langkah berhati-hati masih laksanakan kerana masih terdapat kenyataan daripada militan yang membuat ancaman secara terbuka dengan menjadikan negara ini sebagai sasaran serangan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter-Terrorisme Cawangan Khas (E8) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak militan mungkin aktif namun bergerak secara diam berbanding Muhamad Wanndy yang lebih terbuka.

“Memang agak perlahan selepas kejatuhan Mosul, kubu kuat Daish di Iraq dan banyak lagi pemimpin kanan Daish termasuk Muhamad Wanndy yang terbunuh dalam serangan pada Julai lalu.

“Walaupun nampak perlahan, tidak semestinya mereka tidak aktif. Mungkin juga mereka aktif tapi belum dikesan,” katanya ketika ditemui sejurus Majlis Simposium Pemikiran Ummah Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat beberapa lagi individu yang masih aktif bersama gerakan militan di Syria seperti Akel Zainal.

“Kami akan terus mengumpul maklumat risikan untuk memastikan sebarang cubaan untuk menghasut, merancang atau mengarahka­n rakyat Malaysia untuk buat serangan, kami akan dapat kesan sebelum ia dilancarka­n,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya tidak mengesan pengganas sendirian atau lebih dikenali sebagai ‘lone wolf’ yang dilihat lebih lebih berbahaya berbanding ancaman Daish secara sel berkumpula­n.

“Jika kita lihat di negara Eropah, mereka juga tidak dapat mengesan ‘lone wolf’. Pengganas boleh dapatkan trak dan kenderaan untuk melanggar orang awam.

“Perkara ini juga membimbang­kan kita. Bagaimanap­un, sehingga kini kami mendapati tiada ancaman ‘lone wolf’ di negara ini sebaliknya ancaman serangan selepas mereka mempunyai hubungan dengan Daish,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia