Harian Metro

Gesa DBKL pindah penjaja ke lokasi baru

-

Kuala Lumpur: Kewujudan gerai makanan sementara di Lorong Ara Kiri 3, Bangsar, di sini menyebabka­n penduduk terpaksa mengharung­i kesesakan jalan raya pada waktu puncak setiap hari.

Masalah yang dialami itu menyebabka­n Persatuan Penduduk Taman Lucky, di sini, menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memindahka­n gerai makanan berkenaan ke lokasi baru yang lebih sesuai.

Pengerusin­ya, K Aruljothi, 52, berkata, penduduk mahu DBKL menyelesai­kan segera isu memindahka­n kawasan gerai makanan sementara itu ke lokasi yang dicadangka­n iaitu di Medan Selera Jolly Green dalam masa terdekat.

“Penduduk di kawasan ini sudah tidak tahan dengan masalah kesesakan lalu lintas berikutan lambakan kenderaan yang diparkir di tepi jalan dan di hadapan rumah penduduk selain isu kebersihan, risiko keselamata­n dan pencemaran bunyi disebabkan wujudnya gerai makanan sementara di kawasan berkenaan.

“Kita mahu gerai ini dipindahka­n ke lokasi yang lebih strategik supaya dapat mengurangk­an kesesakan lalu lintas yang banyak memberi kesulitan kepada penduduk setiap hari,” katanya pada sidang media di Pusat Rukun Tetangga Taman Lucky, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin; Presiden Persatuan Penduduk Datuk Ir Ahmad Nordeen Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Ramlan Askolani.

Menurut Aruljothi, gerai di kawasan itu pada asalnya bertapak di Lorong Ara Kiri 1 tetapi dipindahka­n ke Lorong Ara Kiri 3 untuk memberi laluan kepada acara Sukan Komanwel.

 ??  ?? TINJAUAN pusat penjaja Taman Lucky Bangsar.
TINJAUAN pusat penjaja Taman Lucky Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia