Harian Metro

‘Bade tetap suami terbaik’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

 Erma Fatima perjelas kehidupan keluarga tidak banyak berubah selepas bercerai Tumpuan saya kini pada anak, kerja dan produk keluaran Mak Cun

Erma Fatima

“Walaupun berpisah, Bade tetap lelaki, suami dan bapa yang terbaik,” kata pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima, 49, yang kini bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan pengarah popular, Bade atau Badaruddin Azmi, 53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, 17 Ogos lalu.

Erma berkata, anak mereka memahami apa yang berlaku antara ibu bapa mereka.

“Dalam kehidupan keluarga saya tiada apa yang berubah. Saya masih baik dengan bekas suami dan tiada halangan untuknya melawat anak. Mereka semua sudah besar dan biasa berdikari. Apa saja yang saya beritahu dan saya putuskan anak kenalah ikut. Tumpuan saya kini pada anak, kerja dan pelbagai produk keluaran Mak Cun,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Malaysian Fashion & Business Mission to New York oleh Peniagawat­i di sebuah pusat beli belah, di sini, semalam.

Pada 2015, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, memfailkan permohonan cerai terhadap Bade namun menarik balik permohonan itu.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1991.

Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Bagaimanap­un, pada awal 2014 Bade berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang dan dikurniaka­n dua anak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia