Harian Metro

Insurans 265,000 anggota JKKK

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Pelan dilulus Kabinet beri faedah perlindung­an sehingga RM10,000

Kabinet meluluskan Skim Insurans Berkelompo­k untuk 265,000 ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), JKKK Persekutua­n (JKKKP) dan JKKK Orang Asli (JKKKOA) yang masih berkhidmat berkuat kuasa Januari 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, cadangan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu diluluskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Menurutnya, di bawah skim itu, kerajaan akan membayar RM10 premium insurans setahun dan RM7 lagi dibayar ahli JKKK/JKKKP/JKKKOA yang antara lain bakal memperoleh faedah kematian akibat kemalangan RM5,000 dan kematian biasa RM2,500.

“KKLW juga mengeluark­an kad JKKK/JKKKP/JKKKOA yang mana setiap pemegang kad ini akan dapat diskaun dalam pembelian produk pertanian, penginapan, makan minum di hotel atau resort tertentu dan sebagainya.

“Bagi pihak kerajaan hari ini, insya-Allah kami akan terus membela untung nasib semua ketua kampung terbabit,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen JKKK/JKKKP/JKKKOA dan Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dua timbalanny­a Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Datuk Alexander Nanta Linggi serta Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia Datuk Shahaimi Othman.

Najib berkata, JKKK /JKKKP/JKKKOA juga perlu berperanan memperbetu­lkan persepsi rakyat yang berdepan peperangan persepsi, bukannya peperangan realiti dunia politik.

“Bila kita ada pembangkan­g yang suka menyelewen­gkan fakta ataupun main senjata persepsi sehinggaka­n yang tidak betul menjadi betul, yang batil menjadi benar dan kita selalunya menjadi mangsa kepada permainan seperti itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia