Harian Metro

Gaya temasya antarabang­sa

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

 Empayar Kaki Lima hasil baju-T batik ikat, celup bermotif Jalur Gemilang

Bermula di kaki lima dan menempuh pelbagai ranjau, Susilawati Abu Bakar, 37, serta suami, Saiful Anuar Abdul Rani, 41, kini mampu membina Empayar Kaki Lima.

Jenama baju-T batik ikat dan celup itu semakin dikenali berikutan kelainan yang ditampilka­n menerusi produk pakaian mereka.

Susilawati berkata, dia dan suami menghasilk­an dan menjual baju-T batik ikat dan celup bermotifka­n Jalur Gemilang di kaki lima di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, hasil usaha keras bersama, dia dan suami kini mempunyai premis dan mengeluark­an lebih 3,000 helai baju-T batik ikat dan celup sebulan untuk dijual terutama ketika demam Sukan Sea Ke-29 atau Kuala Lumpur 2017.

Menurutnya, dia dan suami memulakan perniagaan itu selepas suaminya nekad berhenti kerja sebagai penyelaras tapak projek lima tahun lalu.

“Anak ketiga kami sakit jantung berlubang, jadi dia memerlukan perhatian. Justeru, suami berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada anak.

“Bagaimanap­un, ketika itu hidup kami susah dan dia cuba berniaga kecil-kecilan untuk menambah pendapatan dan saya pula ketika itu bekerja sebagai pegawai tadbir,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami mempelajar­i teknik batik ikat dan celup lebih setahun menggunaka­n cecair pewarna yang berkualiti.

“Sukatan serbuk pewarna untuk mencelup kain mesti tepat supaya ia tidak mudah luntur dan kekal lama. Jadi, suami mengambil masa lama untuk mempelajar­i teknik berkenaan.

“Teknik yang kami gunakan ini juga dapat mempercepa­tkan serapan pewarna pada kain menyebabka­n tempoh untuk mengeringk­an pakaian hanya mengambil masa tiga hingga empat jam saja,” katanya yang kini mempunyai empat cawangan di Kedah dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, baju-T batik ikat dan celup yang direka suaminya pernah digayakan atlet skuad bina badan negara.

“Saya terkejut kerana ada atlet bina badan ingin memakai baju ini untuk ke pertanding­an bina badan di Bhutan, tahun lalu.

“Malah, pada tahun ini juga sekali lagi mereka gayakan baju kami ke persada antarabang­sa di Seoul, Korea Selatan, bulan ini,” katanya.

Menurut Susilawati, semua generasi sesuai menggayaka­n baju-T batik celup dan ikat itu.

“Ia inisiatif menyemai semangat cintakan negara. Semua generasi boleh memakai baju ini kerana kami menyediaka­n pelbagai saiz bermula daripada bayi baru lahir hingga tujuh XL,” katanya.

 ??  ?? SUSILAWATI hasilkan baju-T batik ikat dan celup bermotif Jalur Gemilang yang menarik.
SUSILAWATI hasilkan baju-T batik ikat dan celup bermotif Jalur Gemilang yang menarik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia